Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

SELAMAT DATANG KE PORTAL PIBG SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN SK BANDAR RAUB  *   SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR.SEMOGA CEMERLANG  *   PENCAPAIAN YANG LUAR BIASA ADALAH HASIL DARIPADA KESUNGGUHAN YANG LUAR BIASA   *   SEDERAP KEARAH SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI MENJELANG 2017   *   Kemaskini pada 27 Jan 2016   *   

Sunday 29 July 2012

PERTANDINGAN 3K PERINGKAT NEGERI

30 Julai 2012-SKBR menambah koleksi kecemerlangan apabila berjaya mendapat tempat ke-3 dalam Pertandingan 3K Peringkat Negeri Pahang.Segala usaha kalian warga SKBR amat dihargai.Dalam pada itu Guru Besar amat menaruh harapan dan keyakinan yang tinggi untuk menjadi johan pula pada tahun hadapan setelah meneliti kelebihan serta peluang penambahbaikan yang boleh dilakukan dalam masa yang terdekat.Syabas & tahniah.

Thursday 26 July 2012

SALAM RAMADHAN 1433H


MUTIARA RAMADHAN 1433H

21 Julai 2012-Bermula 1 Ramadhan,Jawatankuasa Hari Kebesaran Islam,Panitia Pendidikan Islam & J-Qaf dan PIBG SKBR telah menganjurkan pelbagai aktiviti sempena Ihya Ramdhan.Dengan tujuan dan matlamat untuk menghidupkan Ramadhan sekaligus mengubah pandangan yang mengatakan umat Islam lesu di bulan puasa.Tahniah dan syabas.

PRA SKBR JUARA PERINGKAT ZON

25 Julai 2012-PRA SKBR mencapai matlamat apabila dinobatkan sebagai juara peringkat zon seterusnya layak ke peringkat daerah dan mudah-mudahan akan terus maju ke peringkat yang lebih tinggi.Syabas dan tahniah kepada Cikgu Rosfaezah dan PPM Pn Mazlina serta seluruh warga PRA SKBR.Mengulas kejayaan tersebut,Guru Besar melahirkan rasa bangga dan bersyukur serta merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat membantu PRA SKBR.

Monday 23 July 2012

PERCUBAAN UPSR JULAI 2012

24 Julai 2012-Berlangsung peperiksaan percubaan UPSR untuk kali terakhir sebelum murid-murid menghadapi peperiksaan sebenar pada 11-13 September 2012.Harapan kami agar kalian dapat menjawab semua soalan peperiksaan dengan jayanya.Kejayaan anda kebanggaan kami.

AKTIVITI PUSAT SUMBER SEKOLAH




23 Julai 2012-Pusat Sumber Sekolah tidak pernah sunyi daripada aktiviti-aktiviti yang menyumbang kepada peningkatan akademik dan koakademik murid SKBR.Melihat kepada senarai aktivtiti Pusat Sumber Sekolah yang pelbagai,menarik dan berfaedah ditambah lagi dengan penganugerahan serta pengiktirafan kepada murid yang menunjukkan prestasi tertentu membuatkan PIBG merasa amat terhutang budi kepada barisan jawatankuasa PSS SKBR khususnya Cikgu Ishak. Semoga usaha-usaha sebegini diteruskan lagi dengan penambahbaikan yang sesuai.Syabas dan tahniah.

Sunday 22 July 2012

TAZKIRAH RAMADHAN 2012

 Ustaz Sahadan memulakan tazkirah yang
pertama dibulan Ramadhan 1433H.
Guru Besar,Pn Norhasimah ditemani Ustazah Syuhada 
juga turut serta mengikuti Tazkirah Ramadhan
Murid tahap 2 khusyuk mendengar tazkirah Ramadhan

23 Julai 2012-SKBR mengisi masa rehat murid dengan mengadakan slot tazkirah khas selama 15 minit menelusuri hal-hal berkaitan Ramadhan.Tazkirah diadakan pada setiap hari secara santai,bersahaja dan menghiburkan.Program ini melibatkan seluruh warga SKBR termasuk PIBG yang menawarkan bantuan kewangan dan pentazkirah kalangan ibubapa atau penjaga.Tahniah dan syabas.

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

23 Julai 2012-Satu majlis gilang gemilang pelancaran Bulan Kemerdekaan telah disempurnakan oleh Guru Besar SKBR,Pn Norhasimah Mohamed disertai oleh GPK-GPK dan Ketua Murid,adik Mohd Asyik.Semua warga SKBR bersama-sama menyanyikan lagu Jalur Gemilang diikuti Lagu Satu Malaysia sambil mengibarkan Jalur Gemilang.Sepanjang bulan kemerdekaan banyak aktiviti yang akan dilaksanakan bagi memperkukuhkan patriotisme dan kecintaan kepada tanahair khususnya Malaysia yang tercinta.Tahniah dan syabas.

Tuesday 3 July 2012

TEMASYA SUKAN TAHUNAN

30 Jun 2012-Temasya Sukan Tahunan SKBR penuh warna warni dan gilang gemilang.Tambahan pula ianya dirasmikan oleh En Wan Mazlan Wan Ismail,Pembantu Khas Adun Dong.Kehadiran ibubapa,mantan murid dan tetamu kali ini amat memuaskan.PIBG mengambil inisiatif untuk menambah dana dengan membuka 4 gerai makanan dan minuman.Alhamdulilah sambutan begitu positif.Tahniah dan syabas kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan sukan bagi kali ini.