Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

SELAMAT DATANG KE PORTAL PIBG SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN SK BANDAR RAUB  *   SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR.SEMOGA CEMERLANG  *   PENCAPAIAN YANG LUAR BIASA ADALAH HASIL DARIPADA KESUNGGUHAN YANG LUAR BIASA   *   SEDERAP KEARAH SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI MENJELANG 2017   *   Kemaskini pada 27 Jan 2016   *   

Wednesday 21 November 2012

UPSR 2012 GEMILANG

20 Nov 2012-Kepada-Nya jualah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran dan puji-pujian di atas segala kenikmatan dan kejayaan.Melengkapkan rekod kecemerlangan SKBR untuk tahun 2012 ialah apabila UPSR SKBR diumumkan seperti berikut:
  • Peratus kelulusan : 98.15 %
  • GPS                      : 1.47
  • 5A                         : 18 orang
  • 4A 1B                    : 6 orang
  • Ranking Daerah    : Tempat ke-2
  • Ranking Negeri     : 14/540 buah sekolah
Guru Besar merakamkan ucapan tahniah dan setinggi-tinggi perhargaan serta terima kasih kepada semua guru,staff SKBR dan PIBG yang sekian lama memberikan komitmen serta kerjasama yang padu.Dalam masa yang sama beliau amat mengharapkan agar kejayaan ini menjadi pemangkin untuk merintis kejayaan yang lebih hebat pada tahun yang akan datang.Syabas.

Saturday 10 November 2012

TOKOH MURID SKBR 2012

11 Nov 2012-Pada Hari Anugerah Kecemerlangan yang lalu jawatankuasa pemilihan tokoh murid telah sebulat suara mengistiharkan adik Nurmaisurah bt Mohd Bakhtiar sebagai Tokoh Murid SKBR 2012.Pemilihan adalah berdasarkan kebolehan dan sumbangan adik Nurmaisurah dalam bidang akademik, kokurikulum serta akhlak yang terpuji.Sesungguhnya adik Nurmaisurah disenangi oleh semua warga SKBR. Pastilah mereka semua akan merindui wajah tenang dan senyuman manis adik Nurmaisurah.Semoga adik Nurmaisurah yang bercita-cita untuk menjadi doktor pakar bedah akan terus mencipta kecemerlangan walau di mana berada.

MELAWAT SDR YDP PIBG DI TEMERLOH

10 Nov 2012-Mewakili AJK PIBG SKBR,Ustaz Supian & Cikgu Azri ke HOSHAS Temerloh bertanya khabar Saudara YDP yang sedang menjalani rawatan.Beliau dirawat di aras 9 wad bunga raya 2 katil 18 (berdekatan dengan wad diraja).Saudara YDP berkirim salam dengan semua warga SKBR dan memohon maaf kerana tidak dapat hadir dalam beberapa acara yang dianjurkan oleh sekolah.Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih dan syabas kerana PIBG mendapat anugerah website terbaik peringkat sekolah.Semoga kecemerlangan ini menjadi titik tolak kepada kejayaan yang lain.

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

 
09 Nov 2012-Majlis gilang gemilang ini dirasmikan oleh Ikon Belia Negara,Saudara Lim Teck Hoe kira-kira jam 0850 am.Majlis ini sebagai mengiktiraf kecemerlangan murid-murid disamping berfungsi memotivasikan seluruh warga SKBR menggapai kecemerlangan yang terbilang.Pemilihan Saudara Lim sebagai perasmi dilihat amat tepat dan kena pada waktunya mememandangkan beliau boleh dijadikan inspirasi kepada murid-murid bahkan warga SKBR.Rakaman ucapan terima kasih kepada semua yang menjayakan HUPH khususnya para ibubapa yang sudi hadir,sementara itu Saudara YDP memohon maaf tidak dapat hadir sedang menjalani rawatan di HOSHAS Temerloh.Tahniah dan syabas kepada semua murid yang berjaya manakala yang belum berjaya semoga akan berusaha lebih gigih.Terima kasih.

Wednesday 7 November 2012

JAMUAN AKHIR TAHUN KKGP

 
 07 Nov 2012-Majlis jamuan akhir tahun KKGP berlangsung tepat jam 0830 am di dewan besar SKBR.Ukhwah & mahabbah dipertaut dan dipererat seumpama sebuah keluarga besar yang bahagia. Cikgu Zul selaku pengerusi KKGP merakamkan ucapan terima kasih kepada yang hadir memberikan kerjasama yang padu.Beliau mewakili barisan kepimpinan KKGP sesi 2011/2012 memohon maaf sekira terdapat kesilapan atau kekurangan.Dalam masa yang sama beliau mengharapkan agar kepimpinan yang baru nanti akan lebih proaktif dan lebih berjaya.Manakala Guru Besar merakamkan ucapan syabas & tahniah kepada kepimpinan KKGP sesi 2011/2012 yang dianggap amat berjaya dengan penganjuran pelbagai aktiviti. Guru Besar juga mengambil peluang untuk memberikan mutiara nasihat yang amat berguna kepada semua warga SKBR dimana nasihat-nasihat tersebut umpama nasihat seorang bonda kepada anakanda-anakandanya.Majlis ini dimeriahkan lagi dengan persembahan karaoke oleh beberapa orang guru diselang seli dengan penyampaian hadiah.Secara keseluruhannya majlis pada malam tersebut amat meriah.Syabas KKGP.

Tuesday 6 November 2012

FB PIBG MENCAPAI SASARAN 1000 FRIENDS

07 Nov 2012-Hampir-hampir mencapai sasaran,kurang 2 orang lagi,FB PIBG SKBR akan mencatat sejarah tersendiri memiliki 1000 orang 'friends'.Kebanyakan 'friends' PIBG terdiri daripada mantan murid SKBR,warga Raub baik agensi mahupun perseorangan dan sedikit mereka diluar kawasan Raub,lebih dari itu FB PIBG proaktif memanafaatkan laman jaringan sosial maya ini apabila turut menjadikan beberapa orang VVIP sebagai 'Friends' seperti YAB Perdana Menteri Malaysia,YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia,YB Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Malaysia dan YB Timbalan Menteri Pelajaran Tinggi Malaysia.FB PIBG masih terus berusaha untuk menjemput tokoh-tokoh kepimpinan negara yang lain menjadi 'friends' dengan harapan memperoleh manafaat maksima hasil jaringan sosial maya ini.Doakan kejayaan kami untuk melangkah lebih jauh.   

BINTANG KECIL 2012

07 Nov 2012-Pertandingan Bintang Kecil diadakan jam 11 am di dewan besar SKBR.Dengan hasrat dan matlamat untuk melatih murid berani tampil ke hadapan dan mengetengahkan bakat-bakat yang tersembunyi.Dalam majlis yang sama disampaikan juga hadiah-hadiah cabutan bertuah kepada murid-murid yang membeli air kotak KKGP (Kelab Kebajikan Guru dan Pekerja).Syabas dan tahniah.

JAMUAN AKHIR TAHUN (TAHUN 6/2012)

 
06 Nov 2012-Jamuan akhir tahun untuk tahun 6 bersama-sama dengan GB dan guru-guru yang mengajar tahun 6 diadakan di dewan besar SKBR jam 0100 pm.GB dan wakil guru tahun 6 Pn Roselawaty telah menyampaikan ucapan serta nasihat-nasihat yang amat menyentuh hati.Dalam majlis tersebut guru-guru yang mengajar murid tahun 6 menerima cenderahati sebagai tanda ingatan dan penghargaan.Akhir sekali menu nasi ayam pada hari tersebut amat menyelerakan.Terima kasih murid tahun 6 sesi 2012.

HARI KANTIN & KEUSAHAWANAN 2012

07 Nov 2012-Hari Kantin & Keusahawan berlangsung bermula jam 10 am sebaik sahaja tamat senamrobik dan sukaneka.Lima gerai iaitu:
  • Gerai mee & mee hon sup
  • Gerai buah-buahan
  • Gerai ayam goreng,hot chicken & nudget
  • Gerai minuman
  • Gerai keropok
Murid-murid kelihatan sungguh seronok membeli makanan mengikut selera masing-masing termasuk murid prasekolah sekaligus sebagai simulasi awal apabila mereka memasuki darjah 1 nanti.Jualan berakhir jam 11 am untuk memberi laluan pula kepada Pertandingan Bintang Kecil peringkat sekolah.

Monday 5 November 2012

TOKOH NILAM PERINGKAT NEGERI

06 November 2012-Adik Nur Maisara Amira bt Mohd Mazlan telah mengharumkan nama SKBR apabila dinobatkan sebagai 5 terbaik program NILAM peringkat negeri Pahang untuk tahun 2012. Sebelum dari itu Nur Maisara Amira telah pun mengungguli tempat ke-2 peringkat daerah Raub bersama Tn Isma Hafizuddin.Nampaknya hasil usaha anda telah membuahkan hasil dan ianya menjadi contoh teladan kepada murid-murid yang lain.Insyallah NILAM SKBR mampu pergi lebih jauh pada tahun hadapan kerana Nur Maisara dan Tuan Isma baru sahaja berumur 11 tahun.Syabas dan tahniah.

MAJALAH SEKOLAH EDISI 2012/2012

06 November 2012-Insyallah sejarah kegemilangan akan mencatatkan bahawa SKBR berjaya mengeluarkan majalahnya yang julung-julung kali dibina menggunakan program Adobe Illustrator versi CS5.Canggih dan terkini.Berkat nasihat dan pandangan Guru Besar serta kepimpinan Cikgu Ishak selaku pengerusi sidang redaksi yang sentiasa tenang ditambah pula kerjasama berpasukan sekalian sidang redaksi telah berjaya menyiapkan majalah setebal 124 muka surat.Insyalah 1Majalah 1Keluarga ini akan diedarkan dengan kadar yang segera setelah siap dicetak.Sekiranya menghadapi sebarang kemusykilan berkenaan majalah ini bolehlah berhubung dengan pihak sekolah ataupun Cikgu Ishak. 

KHATAM AL QURAN 2012

 
 
06 November 2012-Majlis Khatam Al Quran peringkat sekolah dianjurkan dengan gilang gemilang. Bahkan menurut wakil PPD Raub,Penyelia Cemerlang Ustaz Mat Zin Awang,semasa ucapan perasmiannya, beliau menyatakan bahawa pelaksanaan majlis khatam SKBR setaraf majlis khatam peringkat negeri. Ini merupakan satu penanda aras yang amat baik untuk kecemerlangan SKBR setelah hasil usaha para guru yang bekerja sebagai satu kumpulan mendapat pengiktirafan.Syukur dan syabas.Guru Besar pula amat berpuas hati dengan kelancaran majlis dan dalam masa yang sama beliau melahirkan hasrat agar inovasi dan kreativiti haruslah senantiasa dipupuk supaya setiap aktiviti mampu memberikan impak yang mencapai standard kecemerlangan.Kelihatan ibubapa murid yang khatam juga datang memeriahkan lagi majlis pada hari ini.Terima kasih kami ucapkan semoga kerjasama sebegini akan terus mekar.