Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

SELAMAT DATANG KE PORTAL PIBG SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN SK BANDAR RAUB  *   SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR.SEMOGA CEMERLANG  *   PENCAPAIAN YANG LUAR BIASA ADALAH HASIL DARIPADA KESUNGGUHAN YANG LUAR BIASA   *   SEDERAP KEARAH SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI MENJELANG 2017   *   Kemaskini pada 27 Jan 2016   *   

Saturday 26 April 2014

PROJEK WAKAF TILE GALERI HERBA

 
 
 
Syukur dengan kerjasama semua warga SKBR.Projek ini berjaya dilaksanakan mengikut perancangan dan cadangan jawatankuasa Taman Herba PIBG.Kos mencecah RM1000.00 namun hasil sokongan padu semua maka kos tersebut menjadi kecil dan tidak menghalang usaha murni menceriakan Galeri Herba PIBG.Semoga manafaatnya dituai bersama.Terima kasih.

MINI HANDBALL COURT

27 April 2014-Fasa pertama sedang dilaksanakan.Sesuai dengan etos kokurikulum SKBR yakni Bola Baling,maka tapak berhampiran kantin sekolah akan diubahsuai menjadi satu gelanggang mini Bola Baling.Terdapat satu gol beserta jaring yang mampu menghalang bola keluar daripada gelanggang. Kami menjangkakan apabila gelanggang mini ini siap ianya akan membantu murid untuk berlatih kemahiran-kemahiran seperti menjaring, melantun bola, pertahanan, penjaga gol dan gelicik bola. Insyallah minggu depan akan diadakan fasa ke-2 iaitu gotong royong untuk menyiapkan gelanggang secara keseluruhan.

Naib Johan Bola Tampar Daerah Raub




Pasukan lelaki dan perempuan berjaya merangkul tempat ke-2 dalam kejohanan Bola Tampar peringkat daerah Raub 2104.Bermakna SKBR sekali lagi akan dipilih untuk mewakili kejohanan Bola Tampar peringkat negeri pula bersama-sama dengan pemain lain di daerah Raub.Tahun ini Raub akan menjadi tuan rumah bagi peringkat negeri Pahang.Kita mendoakan kejayaan yang berterusan.Syabas kepada jurulatih dan guru-guru SKBR. 

Tuesday 15 April 2014

BOLA BALING DAERAH RAUB 2014

 Pasukan lelaki dinobatkan sebagai johan peringkat daerah.
Pasukan perempuan pula mendapat tempat ke tiga

Friday 11 April 2014

KOMPUTER TERPAKAI DARIPADA UNIVERSITI MALAYA

 11 unit CPU & monitor
 
11 April 2014-Setiausaha PIBG,Cikgu Farah dan Cikgu Hafiz bergerak ke Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya untuk menghadiri Majlis Penyerahan Komputer Terpakai oleh Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.Majlis yang ringkas tetapi amat bermakna.Jutaan terima kasih kepada U.M atas sumbangan yang tidak ternilai ini.Dalam masa yang sama lebih merujakan lagi apabila SKBR dinobatkan sebagai sekolah angkat Fakulti Pendidikan.Insyallah kami akan merangka beberapa program bersama ke arah kecemerlangan pendidikan.