25 Julai 2012-PRA SKBR mencapai matlamat apabila dinobatkan sebagai juara peringkat zon seterusnya layak ke peringkat daerah dan mudah-mudahan akan terus maju ke peringkat yang lebih tinggi.Syabas dan tahniah kepada Cikgu Rosfaezah dan PPM Pn Mazlina serta seluruh warga PRA SKBR.Mengulas kejayaan tersebut,Guru Besar melahirkan rasa bangga dan bersyukur serta merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat membantu PRA SKBR.
Thursday, 26 July 2012
Monday, 23 July 2012
PERCUBAAN UPSR JULAI 2012
24 Julai 2012-Berlangsung peperiksaan percubaan UPSR untuk kali terakhir sebelum murid-murid menghadapi peperiksaan sebenar pada 11-13 September 2012.Harapan kami agar kalian dapat menjawab semua soalan peperiksaan dengan jayanya.Kejayaan anda kebanggaan kami.
AKTIVITI PUSAT SUMBER SEKOLAH
23 Julai 2012-Pusat Sumber Sekolah tidak pernah sunyi daripada aktiviti-aktiviti yang menyumbang kepada peningkatan akademik dan koakademik murid SKBR.Melihat kepada senarai aktivtiti Pusat Sumber Sekolah yang pelbagai,menarik dan berfaedah ditambah lagi dengan penganugerahan serta pengiktirafan kepada murid yang menunjukkan prestasi tertentu membuatkan PIBG merasa amat terhutang budi kepada barisan jawatankuasa PSS SKBR khususnya Cikgu Ishak. Semoga usaha-usaha sebegini diteruskan lagi dengan penambahbaikan yang sesuai.Syabas dan tahniah.
Sunday, 22 July 2012
TAZKIRAH RAMADHAN 2012
Ustaz Sahadan memulakan tazkirah yang
pertama dibulan Ramadhan 1433H.
pertama dibulan Ramadhan 1433H.
Guru Besar,Pn Norhasimah ditemani Ustazah Syuhada
juga turut serta mengikuti Tazkirah Ramadhan
Murid tahap 2 khusyuk mendengar tazkirah Ramadhan
23 Julai 2012-SKBR mengisi masa rehat murid dengan mengadakan slot tazkirah khas selama 15 minit menelusuri hal-hal berkaitan Ramadhan.Tazkirah diadakan pada setiap hari secara santai,bersahaja dan menghiburkan.Program ini melibatkan seluruh warga SKBR termasuk PIBG yang menawarkan bantuan kewangan dan pentazkirah kalangan ibubapa atau penjaga.Tahniah dan syabas.
PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN
23 Julai 2012-Satu majlis gilang gemilang pelancaran Bulan Kemerdekaan telah disempurnakan oleh Guru Besar SKBR,Pn Norhasimah Mohamed disertai oleh GPK-GPK dan Ketua Murid,adik Mohd Asyik.Semua warga SKBR bersama-sama menyanyikan lagu Jalur Gemilang diikuti Lagu Satu Malaysia sambil mengibarkan Jalur Gemilang.Sepanjang bulan kemerdekaan banyak aktiviti yang akan dilaksanakan bagi memperkukuhkan patriotisme dan kecintaan kepada tanahair khususnya Malaysia yang tercinta.Tahniah dan syabas.
Tuesday, 3 July 2012
TEMASYA SUKAN TAHUNAN
30 Jun 2012-Temasya Sukan Tahunan SKBR penuh warna warni dan gilang gemilang.Tambahan pula ianya dirasmikan oleh En Wan Mazlan Wan Ismail,Pembantu Khas Adun Dong.Kehadiran ibubapa,mantan murid dan tetamu kali ini amat memuaskan.PIBG mengambil inisiatif untuk menambah dana dengan membuka 4 gerai makanan dan minuman.Alhamdulilah sambutan begitu positif.Tahniah dan syabas kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan sukan bagi kali ini.
Monday, 25 June 2012
SAMBUTAN ISRAK & MIKRAJ 2012
18 Jun 2012-Majlis sambutan Israk & Mikraj peringkat sekolah diadakan dengan jayanya hasil kerjasama padu semua guru.Kali ini sambutan Israk & Mikraj membawa kelainan apabila pertama kalinya menampilkan TV An-Nur SK Bandar Raub sebagai pemudah cara menyampaikan mesej Israk & Mikraj.Dengan pendekatan santai semua murid dan warga SKBR berpuas hati dan terhibur dengan isi kandungan TV An-Nur.Semua murid kemudiannya menyertai kuiz bertulis dan yang membanggakan ialah apabila hampir semua murid dapat menjawab semua soalan dengan tepat. Syabas dan tahniah pada semua.
p/s- Pada yang berminat TV An-Nur Offline boleh menghubungi s/u PIBG (Ust Supian)
Subscribe to:
Posts (Atom)




