06 November 2012-Insyallah sejarah kegemilangan akan mencatatkan bahawa SKBR berjaya mengeluarkan majalahnya yang julung-julung kali dibina menggunakan program Adobe Illustrator versi CS5.Canggih dan terkini.Berkat nasihat dan pandangan Guru Besar serta kepimpinan Cikgu Ishak selaku pengerusi sidang redaksi yang sentiasa tenang ditambah pula kerjasama berpasukan sekalian sidang redaksi telah berjaya menyiapkan majalah setebal 124 muka surat.Insyalah 1Majalah 1Keluarga ini akan diedarkan dengan kadar yang segera setelah siap dicetak.Sekiranya menghadapi sebarang kemusykilan berkenaan majalah ini bolehlah berhubung dengan pihak sekolah ataupun Cikgu Ishak.
Monday, 5 November 2012
KHATAM AL QURAN 2012
06 November 2012-Majlis Khatam Al Quran peringkat sekolah dianjurkan dengan gilang gemilang. Bahkan menurut wakil PPD Raub,Penyelia Cemerlang Ustaz Mat Zin Awang,semasa ucapan perasmiannya, beliau menyatakan bahawa pelaksanaan majlis khatam SKBR setaraf majlis khatam peringkat negeri. Ini merupakan satu penanda aras yang amat baik untuk kecemerlangan SKBR setelah hasil usaha para guru yang bekerja sebagai satu kumpulan mendapat pengiktirafan.Syukur dan syabas.Guru Besar pula amat berpuas hati dengan kelancaran majlis dan dalam masa yang sama beliau melahirkan hasrat agar inovasi dan kreativiti haruslah senantiasa dipupuk supaya setiap aktiviti mampu memberikan impak yang mencapai standard kecemerlangan.Kelihatan ibubapa murid yang khatam juga datang memeriahkan lagi majlis pada hari ini.Terima kasih kami ucapkan semoga kerjasama sebegini akan terus mekar.
Monday, 8 October 2012
PERTANDINGAN BIJAK PRA SEKOLAH
08 Oktober 2012-Pada minggu yang lepas dua orang wakil Pra Sekolah SKBR ke Pertandingan Bijak Pra Sekolah peringkat negeri Pahang yang berlangsung di Temerloh,Pahang.Pn Rosfaizah selaku guru pengiring berpuas hati dengan 'performance' wakil kita namun beliau berharap agar tahun hadapan kita akan lebih berjaya.Wakil peserta Bahasa Inggeris,adik Annur Adani Farahiyah bt Mazli mendapat tempat ke 30 daripada 66 orang peserta manakala wakil peserta Bahasa Melayu adik Danial Amirul b. Surudin mendapat tempat ke-38 daripada 66 orang peserta.Syabas.
ENGLISH-IN-CAMP
08 Oktober 2012-SKBR menyertai program English in Camp state level pada 02-04 Oktober yang lalu di Kem Tengku Puan Pahang,Maran anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Pahang.Menurut Sir Nagesh yang menjadi guru pengiring,program sebegini amat bermanafaat kepada para murid dalam usaha memperkayakan perbendaharaan kata dan memperkukuhkan penggunaan Bahasa Inggeris secara intensif.Syabas pada semua.
Sunday, 7 October 2012
PERTANDINGAN KUIZ HARI MALAYSIA
08 Oktober 2012-Anjuran Pusat Sumber Sekolah sempena dengan sambutan bulan kemerdekaan negara,seramai 6 orang murid telah berjaya memenangi pertandingan kuiz Hari Malaysia.Hadiah dan sijil telah disampaikan oleh GPK Kokurikulum,Pn Norhayati Awang.Syabas dan tahniah.
SUKAN JEMPUTAN DI SK MAHMUD
05 Oktober 2012-Bertempat di SK Mahmud,pasukan sekolah kita mendapat tempat ke-3 dalam acara 2x200 meter.Dilihat kepada kemampuan mereka seawal usia 10 tahun namun telah mampu memberikan saingan sengit kepada lawan-lawan yang lebih senior,insyalah mereka akan menempa kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.Syabas.
Sunday, 30 September 2012
BIJAK PRA SEKOLAH
01 Oktober 2012- Tiga orang murid PRA Sekolah berjaya mengharumkan nama SKBR apabila berjaya melakar kecemerlangan diperingkat daerah seterusnya 2 orang murid PRA iaitu Annur Adani Farahiyah bt Mazli dan Danial Amirul b Surudin telah terpilih mara ke peringkat kebangsaan mewakili negeri Pahang dalam pertandingan Bijak Pra Sekolah.Syabas dan semoga anda semua terus berjaya.
Subscribe to:
Posts (Atom)



