07 Mac 2013-Bukan setakat mengajar,membina bahan bantu mengajar,merekabentuk rancangan pengajaran & pembelajaran, tetapi lebih jauh guru-guru SKBR sangat komited dan berkebolehan. 'Willing' mereka untuk 'explore' sesuatu yang baharu seumpama mesin REZO sangat menginspirasikan.Fotostat itu biasa,ini REZO sebuah mesin untuk 'heavy duty',cepat dan pantas. Cikgu-cikgu perempuan tidak melepaskan peluang untuk 'expert' menggunakan mesin REZO.Mula- mula memang macam susah tapi lama-lama senang saja.Syabas cikgu-cikgu......
Friday, 8 March 2013
SKBR BERSISTEM
05 Januari 2013-Berusaha bersungguh-sungguh untuk melihat kemenjadian murid ke tahap yang terbaik melalui rekabentuk mekanisme yang praktikal untuk melatih murid mematuhi disiplin. Gambar menunjukkkan dua orang murid tahun 3 merekod nama mereka sebelum memasuki tandas. Juga kelihatan pengawas sekolah sedang mencatat apa yang diperkatan oleh guru semasa perhimpunan pagi. Dengan harapan agar setiap murid akan terkesan dengan disiplin yang diterapkan diperingkat sekolah dan dibawa keluar pula disiplin tersebut dalam kehidupan seharian mereka.Natijah akhir mudah-mudahan akan wujudlah generasi atau modal insan yang terbaik lulusan daripada SKBR.
Tuesday, 5 March 2013
MAJLIS PELANTIKAN & WATIKAH PENGAWAS
21 Januari 2013-Majlis pelantikan & penyampaian watikah pengawas sekolah & pengawas pusat sumber telah diadakan di dewan SKBR tepat jam 0800 am.Dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah Raub dan diraikan oleh YDP PIBG mencatat sejarah tersendiri kerana julung-julung kalinya KPD Raub bertandang ke SKBR.Seramai 30 orang pengawas sekolah dan 39 orang pengawas pusat sumber menerima watikah perlantikan disamping melaksanakan ikrar tanda sedia menunaikan amanah sebagai pengawas.Tahniah.
LAWATAN PENANDA ARAS NEW DEAL
05 Februari 2013-Satu lawatan penanda aras New Deal diketuai PK HEM,Cikgu Rozman disertai oleh setiausaha HEM & ketua guru disiplin telah diadakan di SK Raub Indah.Pemilihan SK Raub Indah adalah kerana sekolah tersebut baru sahaja mendapat anugerah New Deal pada tahun 2012. Dalam lawatan tersebut banyak input-input berguna dikongsi bersama oleh Guru Besar dan PK HEM
SK Raub Indah.Dapatan-dapatan lawatan akan didokumentasi dan dilaksanakan di peringkat SKBR.
Mudahan cemerlang.
MESYUARAT BADAN PENGAWAS
16 Februari 2013-Mesyuarat Badan Pengawas Sekolah kali-1 diadakan di Pusat Akses.Sekalipun mesyuarat diadakan pada hari Sabtu namun kehadiran seramai 25/30 orang pengawas dan 2 orang guru penasihat Badan Pengawas sekolah amat dihargai.Perbincangan berkisar mengenai perancangan tahunan Badan Pengawas,penyelarasan tugas dan perlantikan ketua kumpulan kecil.Syabas Badan Pengawas Sekolah.Harapan kita semoga tahap disiplin SKBR terus cemerlang.
MAKAN MALAM BERSAMA CIK TAN SEA
28 Februari 2013-PIBG meraikan persaraan Cik Tan Sea bersama-sama warga SKBR di Kelab Golf Jalan Cheroh,Raub.Majlis dianjurkan oleh Kelab Guru dan Kakitangan bertema merah,ringkas tapi amat bermakna buat semua khususnya Cik Tan Sea yang bertugas di unit Pendidikan Khas SKBR. Pastilah banyak sekali jasa-jasa beliau yang akan dikenang dalam lipatan sejarah Sekolah Kebangsaan Bandar Raub.Kami merakamkan ucapan jutaan terima kasih semoga kita akan sentiasa bertemu.
Friday, 1 March 2013
UNIT ICT PIBG SKBR
01 Mac 2013-Kerja-kerja akhir pembikinan DVD untuk jualan amal sempena mesyuarat agung PIBG kali ke-87 sedang giat dilaksanakan oleh Cikgu Azri dibantu oleh Ust Supian.DVD mengandungi foto-foto aktiviti sekitar tahun 2011 & 2012.Harga sekeping DVD hanyalah RM5.Istimewanya DVD ini adalah kerana ianya boleh dimainkan di pemain DVD manakala 'folder' yang mengandungi foto-foto terpilih boleh di'cuci 'di mana-mana kedai gambar ataupun disimpan sebagai koleksi peribadi.
Marilah kita semua membeli disamping menderma untuk kebaikan PIBG SKBR.Segala sumbangan yang dihulurkan kelak amat kami hargai.Semoga beroleh rahmat dan pahala yang besar disisi Allah Taala.
Subscribe to:
Posts (Atom)




