08 Julai 2013-Majlis pelancaran Ihya Ramadhan diadakan secara sederhana namun masih meriah oleh Puan Guru Besar SK Bandar Raub,Puan Norhasimah Mohamed.Program Ihya Ramadhan dikelolakan oleh Panitia Pendidikan Islam & jQAF SK Bandar Raub dengan kerjasama PIBG SK Bandar Raub.Dalam ucapan guru besar,beliau melahirkan hasrat agar segala perancangan program Ihya ini menitikberatkan aspek pelaksanaan supaya ianya berjalan dengan lancar dan menepati objektif program.Sebaik sahaja tamat ucapan Puan Guru Besar memotong riben banting Ihya Ramadhan sebagai gimik pelancaran serta memulakan sumbangan Tabung Cakna Ramadhan 2013. Tahniah & syabas pada semua.
Monday, 8 July 2013
Monday, 17 June 2013
PERTANDINGAN ROBOTIK KEBANGSAAN 2013
17 Jun 2013-Bertempat di SMKA Tengku Ampuan Hajjah Aampuan Pahang,Jerantut pasukan Robotik SK Bandar tampil dengan agak bergaya apabila mampu memberi saingan kepada 35 buah pasukan lain.Berpuas hati mendapat tempat ke-13,15,24 & 31 jika dibandingkan dengan pencapaian pada tahun-tahun yang lepas,akan tetapi usaha dan penambahbaikan terus dilaksanakan.Guru-guru pembimbing telah pun dapat mengenal pasti beberapa perkara yang perlu diberi perhatian untuk pertandingan yang akan datang.Moga terus unggul.
Sunday, 26 May 2013
JOM LAYAN PRASEKOLAH
Hebat penangan Prasekolah SKBR.Kecil-kecil cili padi,tangkas bergaya pantang menyerah kalah. Pasukan SKBR lelaki dan perempuan telah pun menjuarai pertandingan peringkat Zon Bandar sekaligus layak ke peringkat daerah.Pertandingan seterusnya berlangsung di SK Mahmud,namun adat pertandingan,pasukan kita tidak berjaya untuk mara ke peringkat negeri.Walau apa pun syabas kami ucapkan.
KENAIKAN PANGKAT CIKGU WAN
27 April 2013-Cikgu Wan Mokhtar,guru Bahasa Melayu yang berpengalaman dan mempunyai gaya yang tersendiri terpaksa 'dilepaskan' oleh SKBR justeru beliau mendapat kenaikan pangkat sebagai PK Kokurikulum di SK Gali,Raub.Beliau dikenali sebagai seorang yang mudah mesra,peramah dan aktif dalam bidang sukan khususnya bola sepak baik sebagai pemain atau pengadil sehingga peringkat negeri.Walau apa pun merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada cikgu sekaligus ucapan terima kasih di atas segala jasa bakti yang ditabur sekian lama di SKBR.Moga cikgu lebih cemerlang dalam setiap bidang yang diceburi.
Saturday, 25 May 2013
LAWATAN BENCHMARKING KE SBT SK BUKIT DAMANSARA
13 Mei 2013-Rombongan PIBG dan murid-murid tahun 4,5 dan 6 diketuai oleh GPK HEM,Cikgu Rozman Bahari & YDP PIBG,Saudara Khairul Azman Mohd Noordin telah mengunjungi SBT SK Bukit Damansara sebagai satu usaha berkongsi maklumat secara efektif.Kalungan tahniah dan syabas kepada Kaunselor Sekolah,Pn Maziani Mat Zin yang menjadi tulang belakang kepada perancangan serta pelaksanaan program lawatan yang sangat berfaedah ini.Dalam kesempatan tersebut,Sdr YDP & ahli jawatankuasa PIBG SKBR mengambil peluang 'mengorek' resepi kejayaan PIBG SBT SKBD dalam membantu pihak sekolah menggapai kecemerlangan.Rakaman ucapan terima kasih kepada pihak sekolah SBT SKBD khususnya Puan Guru Besar yang sudi menerima kunjungan kami lantas menyantuni rombongan SKBR sebaik mungkin.Syabas.
Monday, 20 May 2013
BILIK DISIPLIN DAN PENGAWAS 2013
Mac 2013-Tahniah & syabas kepada semua jawatankuasa Disiplin Dan Pengawas SK Bandar Raub yang telah berjaya mewujudkan sebuah bilik yang amat ceria dan selesa untuk pengurusan disiplin sekolah. PIBG amat yakin dengan keberadaan bilik tersebut sebagai pusat operasi disiplin akan menjadi pemangkin ampuh untuk memperkasakan disiplin murid SKBR.Moga terus cemerlang.
Thursday, 9 May 2013
SYARIKAT MILO BERTANDANG KE SKBR
10 Mei 2013-Kira-kira jam 10.30 am,van MILO telah bertandang ke SK Bandar Raub dalam rangka tugas mereka melaksanakan tanggungjawab sosial disamping mempromosikan minuman milo.Wah,apa lagi seronoklah apabila semua berpeluang merasa MILO percuma yang sejuk dan menyelerakan.Kepada syarikat penaja MILO kami ucapkan terima kasih daun keladi,lain kali datanglah lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)









