Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

SELAMAT DATANG KE PORTAL PIBG SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN SK BANDAR RAUB  *   SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR.SEMOGA CEMERLANG  *   PENCAPAIAN YANG LUAR BIASA ADALAH HASIL DARIPADA KESUNGGUHAN YANG LUAR BIASA   *   SEDERAP KEARAH SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI MENJELANG 2017   *   Kemaskini pada 27 Jan 2016   *   

Tuesday, 5 November 2013

EDUCATIONAL BENCHMARKING TRIP 2013 TO THAILAND



03 November 2013-Merupakan tarikh keramat,bersejarah dan gilang gemilang kerana SKBR didokong oleh PIBG berjaya mengadakan lawatan penandaarasan ke Hatyai,Thailand.Melawat dua buah sekolah yakni Banbangfab School dan Daycare Nursery Development Centre.Sudah barang tentu lawatan ini membuahkan hasil yang amat lumayan,yang kalau mahu disenaraikan disini pasti akan lenguhlah segala jari jemari.Semasa lawatan berlangsung,jurukamera tidak henti-henti memetik picu merakamkan sudut-sudut yang menarik dan berguna untuk diinovasikan di SKBR.Sesi taklimat dan soal jawab berjalan lancar dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.Kebetulan wakil Pegawai Pelajaran boleh berbahasa Indonesia dengan baik.Layanan & kemesraan mereka terbaik.

Dalam pada itu kami mengira bahawa sambutan ketibaan kami bertaraf VIP apabila Menteri Pelancongan Hadtyai sendiri diwakili timbalannya menyambut kedatangan kami termasuk Pegawai Pendidikan Hatyai dan Guru Besar sekolah berkenaan bahkan pihak Polis Thailand ikut serta.Sebuah bas yang diubah suai sebagai tandas juga disediakan untuk keselesaan kami.Fuh..PIBG SKBR merasa amat bertuah dan bersyukur.Mungkin inilah yang dikatakan kurniaan Tuhan kepada mereka yang bersungguh-sungguh bekerja tanpa mengira sesiapa sahaja.

Cubalah kita lihat sekeliling dan bacalah biografi tokoh-tokoh yang berjaya,mereka semua nescaya terdiri daripada kelompok manusia yang bekerja dengan bersungguh-sungguh.Bagi kita pula bekerja bersungguh-sungguh hendaklah diberi nilai tambah dengan kebergantungan kepada Allah insyallah kejayaan semakin hampir.Wahai Allah,anugerahkanlah kepada kami segunung keikhlasan & ketulusan dalam kami bekerja mencapai matlamat dan impian membina kecemerlangan anak bangsa serta negara yang tercinta.Mudah-mudahan ianya akan memberi makna kepada sebuah kehidupan.Selamat maju jaya SKBR.

SUKAN TAHUNAN PRASEKOLAH SKBR 2013


10 Oktober 2013-SK Bandar Raub telah mengadakan Sukan Tahunan Prasekolah 2013 bertempat di padang sekolah yang telah dirasmikan oleh Pn Norhasimah Mohamed Guru Besar SK Bandar Raub. Pelbagai acara sukan yang melibatkan murid, guru, ibu bapa dan Pembantu Pengurusan Murid telah diadakan bermula jam 8.30 pagi. Rumah Unggu telah muncul sebagai Johan dengan mengumpul 76 mata. Olahragawan telah dirangkul oleh adik Lokman manakala Olahragawati telah disandang oleh adik Lia Zafira.

Monday, 4 November 2013

ANUGERAH GURU INOVATIF NG PAHANG 2013


3hb Okt 2013-Bertempat di BTPN Pahang,dua orang guru SKBR telah meraih Anugerah Saguhati Guru Inovatif peringkat Negeri Pahang 2013 Kategori Berkumpulan. Mereka ialah Pn Noriza dan Pn Hasmida Ismail.Guru Besar amat berbangga dengan kejayaan ini bahkan beliau turut memberikan dorongan agar guru-guru lain mengambil bahagian dalam acara-acara seperti ini di masa hadapan.

CERAMAH MOTIVASI KEARAH KECEMERLANGAN 5A UPSR


30hb Okt 2013- Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan ceramah motivasi untuk murid-murid tahun empat dan lima yang bertajuk Ke arah Kecemerlangan 5A UPSR. Ceramah telah dikendalikan oleh pakar motivasi dari Pusat Motivasi Elit iaitu Dr. Khairul dan Cikgu Shahabudin.Ceramah ini sebagai sebahagian usaha awal pihak sekolah memantapkan hala tuju dan pencerahan pemikiran murid terhadap erti sebuah kejayaan.Moga-moga dengan program seumpama ini akan mendatangkan faedah serta manafaat yang besar kepada murid-murid SKBR.Tahniah & syabas.

JOHAN ANUGERAH PUSAT AKSES NEGERI PAHANG 2013



22hb Okt 2013- Sempena Karnival Teknologi Pendidikan Negeri Pahang 2013 bertempat di BTPN Pahang, Pusat Akses sekolah telah meraih Anugerah Johan Pusat Akses Cemerlang Negeri Pahang 2013 buat kali kedua, selepas meraih Johan Pusat Akses Cemerlang Negeri Pahang pada tahun 2011.Kejayaan ini diraikan dengan penuh kesyukuran oleh semua warga SKBR & PIBG.Guru Perpustakaan dan Media En Ishak Hassan telah menerima hadiah daripada Tn Hj Dahlan bin Kardi mewakili Pengarah BTPN KPM.

LAWATAN PENANDAARASAN KE SRK SERI INDERA

02 November 2013-Lawatan yang amat bermakna berjaya direalisasikan hasil kerjasama mantap semua warga SKBR termasuk AJK PIBG.Tepat seperti yang dibayangkan,SRK Seri Indera merupakan sebuah sekolah yang hebat & terbaik ditambah lagi dengan sifat 'humble' Guru Besarnya,Penolong Kanan Kurikulumnya serta sekalian warga SRK Seri Indera.Kemesraan kalian tetap utuh dalam sanubari kami justeru sekalung setinggi-tinggi penghargaan untuk SRK Seri Indera.Begitu banyak input-input baru yang kami dapat dan insyallah SKBR akan memanafaatkan sebaik mungkin sebagai tanda perkongsian pintar kita bersama mencetuskan transformasi kecemerlangan pendidikan di negara yang tercinta ini.Insyaallah kita bertemu lagi.

Thursday, 3 October 2013

KENDURI KESYUKURAN PERDANA 2013

01 Oktober 2013-Tarikh keramat apabila program 'Grand Finale' yang kami namakan Kenduri Kesyukuran Perdana berjaya direalisasikan hasil kerja sungguh-sungguh semua pihak.Amat benarlah kata hukamak bahawa 'sepakat membawa berkat'.Semua sepakat turun padang.Bekerja dengan penuh komited,saling bantu membantu bak kata orang tua-tua yang ringan sama dijinjing yang berat sama dipikul.Bermula jam 6.30 am aktiviti gotong royong dimulakan sehinggalah selesai jam 3.00 pm.Pastilah ucapan syukur kepada Allah atas keizinan-Nya dan terima kasih pada semua. Syabas. 
 Aktiviti memotong daging.Ramai ibu bapa hadir.
 Tetamu mulai tiba.Guru Besar dibantu YDP PIBG
mengetuai protokol menyambut tetamu yang hadir.
Murid-murid menikmati jamuan.Gulai daging lembu yang lembut,ayam masak merah,ikan masin goreng,ulam-ulaman bersama sambal belacan.Aduhai sangat menyelerakan.