Mengimbas kejayaan-kejayaan tahun 2013 mampu membuatkan kita mengukir senyuman manis dan berbangga dalam konteks kita membandingkan pencapaian SKBR 5 tahun terdahulu.Telah banyak perubahan.Telah banyak peningkatan.Kita percaya dan yakin bahawa pencapaian-pencapaian ini adalah kerana diiringi oleh perancangan dan usaha yang tidak mengenal penat lelah.Usaha yang amat bersungguh-sungguh dengan izin-Nya.Secara sedar kita harus mengungkapkan rasa syukur kepada Tuhan dan terima kasih kepada pasukan sekolah yang diketuai oleh Guru Besar,Puan Norhasimah Mohamed.
Dan kita PIBG tidak segan untuk menyatakan bahawa kita telah pun sedaya upaya memainkan peranan dalam perimeter kemampuan bagi memastikan pihak sekolah boleh melaksanakan sebarang aktiviti dengan lancar.Bahkan kita seupaya membantu pihak sekolah dari sudut kewangan.Oleh yang demikian,PIBG 2014 akan mengeluarkan surat sumbangan bagi pemerkasaan dana PIBG sebagai isyarat sokongan padu kepada pihak sekolah.
Inilah visi baru kita.Berani dan menduga.Spesifik dan objektif.Hanya untuk yang optimis juga mempunyai pemikiran yang rasional serta positif.Bagi yang malas berfikir termasuk yang lemah minda akan menyimpulkan ketetapan bahawa ini semua membebankan,meletihkan,banyak kerja, buang masa,payah dan seribu satu alasan.Bagi kita tidak.Apa yang baik dan tidak menyalahi agama maka kita terima dengan hati yang penuh lapang,kerana kita yakin bahawa Tuhan tidak akan mensia- siakan tiap-tiap amalan baik yang mencakupi syarat sebagai ibadah.Bersama dan seiring dengan kepimpinan YDP dan Guru Besar,kita menyokong penuh visi baru ini demi anak-anak kita masing-masing.Moga Berjaya.
01 Mac 2014-PIBG telah pun selesai mengadakan rutin wajibnya pada setiap awal tahun.Semua berjalan lancer.Kehadiran ibu bapa dan ahli PIBG pada tahun ini adalah lebih baik berbanding pada tahun lepas.Syabas.
YDP nampaknya masih mempertahankan jawatannya kali ke-3 setelah sekalian ahli PIBG sebulat suara bersetuju tiada pencalonan lain untuk jawatan tersebut.Beliau memanjatkan rasa syukur dan berterima kasih atas kepercayaan ahli mesyuarat dan berjanji untuk cuba merealisasikan perancangan- perancangan yang tergendala sebelum ini,manakala beberapa program baru turut mendapat perhatian beliau.Semoga tahun ini kita semua akan lebih gemilang.
Tahniah dan syabas kepada Pusat Akses SKBR atas kejayaan cemerlang sebagai johan Pusat Akses Negeri Pahang.Ucapan tahniah kepada Cikgu Ishak selaku penggerak utama dibantu pula oleh ajk-ajk Pusat Akses yang sangat komited.Kejayaan ini amat bermakna apatah lagi SKBR sedang dalam usaha mencapai status sekolah cluster.Kepada Guru Besar pastilah kami amat berterima kasih kepada puan.Go go SKBR go...
10-15 Mac 2014-SKBR mengadakan minggu Anti Dadah sebagai satu usaha berterusan memberikan kesedaran kepada warga sekolah akan bahaya dadah.Pelbagai aktiviti akan dilaksanakan disamping majlis pelancarannya akan diadakan pada hari Isnin semasa perhimpunan rasmi sekolah.Nantikan kejutan-kejutan hebat yang telah pun dirancang oleh AJK PPDa SKBR.
YAB Perdana Menteri telah mengumumkan fokus Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) bagi kerajaan apabila beliau mula memegang tampuk pimpinan negara. NKRA tersebut turut merangkumi bidang pendidikan negara yang dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.Bidang keutamaan yang dikenalpasti yang diberi keutamaan oleh negara ialah meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Di bawah NKRA KPM tersebut difokuskan kepada 4 sub-NKRA iaitu: 1. Prasekolah - dimana peningkatan 20% penyertaan kanak-kanak 5 tahun ke atas ke pendidikan prasekolah dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2012. 2. Literasi dan Numerasi - di mana semua kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012. 3. Sekolah Berprestasi Tinggi - di mana usaha KPM membangunkan 100 buah ' high performance schools ' termasuk 'trust schools' pada akhir tahun 2012. 4. Pengetua/Guru Besar - di mana bai'ah atau akujanji kepada Pengetua/Guru Besar berdasarkan 'performance based assessment' mulai tahun 2010.
1MALAYSIA
Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep ‘1 Malaysia’. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai-nilai tersebut adalah: 1. Budaya kecemerlangan 2. Ketabahan 3. Rendah hati 4. Penerimaan 5. Kesetiaan 6. Meritokrasi 7. Pendidikan 8. Integriti http://www.1malaysia.com.my/