16 Julai 2014-Guru-guru praktikum,Cikgu Beh dan Cikgu Noraini mengambil inisiatif yang amat baik apabila mengetengahkan penggunaan akbar sebagai bahan bantu mengajar yang efektif.Kami sempat menjenguk seketika dan mendapati bahawa semua murid memberikan kerjasama terbaik serta kelihatan teruja untuk melaksanakan setiap arahan guru.Kita percaya bahawa inilah salah satu contoh pengajaran dan pembelajaran yang mampu membantu murid mencapai objektif pembelajaran yang diingini oleh guru.Syabas.
Saturday, 6 September 2014
PAPAN TANDA SEKOLAH KLUSTER
Blok A hanya ada satu papan tanda sekolah
Lori membawa papan tanda SKK.
Sudah siap pasang....papan tanda SKK Blok A
Proses memasang papan tanda SKK di pintu utama
SK Bandar Raub
Sudah siap...18 Ogos 2014..cantik cuma agak terlindung
oleh pokok bunga Majlis Daerah Raub.
oleh pokok bunga Majlis Daerah Raub.
Sunday, 17 August 2014
PERTANDINGAN MENULIS ESEI SEMPENA HARI GURU
Syabas dan tahniah kepada adik Amirah Dalilah bt Khairul Azman (YDP PIBG) dan adik Syakir Aiman yang mengharumkan nama SK Bandar Raub apabila memenangi hadiah Pertandingan menulis esei sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan.Adik Amirah Dalilah mendapat tempat ke-2 manakal adik Syakir Aiman tempat ke-5.Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan II, YB. Dato' Seri Idris Bin Jusoh.
PELANCARAN HARI KEMERDEKAAN 2014
18 Ogos 2014-Majlis pelancaran disempurnakan oleh GPK 1.Pn Norhayati Awang.
Beliau juga membacakan perutusan Hari Kemerdekaan dengan penuh bersemangat.
Persembahan koir dalam Bahasa Inggeris oleh murid tahun 4K.
Majlis pelancaran diakhiri dengan nyanyian lagu-lagu patriotik.Pelbagai acara akan dilangsungkan sempena sambutan Bulan Kemerdekaan.Murid-murid yang berminat sila berhubung dengan penyelaras Sambutan Bulan Kemerdekaan,Pn Lydia atau guru kelas masing-masing untuk butiran lanjut.
Wednesday, 25 June 2014
MAJLIS PENGIKTIRAFAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN FASA 8 KPM
26 Jun 2014-Syabas dan tahniah kepada seluruh warga SKBR khususnya Puan Guru Besar atas penganugerahan Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 8.Kami semua amat berbangga dengan anda semua. Kalungan ucapan tahniah dan syabas juga kepada semua murid-murid SKBR.Anda kini tahu di mana dan siapa anda yang sebenarnya.Kekalkanlah prestasi terbaik ini dan kami semua pasti akan sentiasa menyokong kalian.
Guru Besar menerima cek terpampang di Harian Metro.Syabas
Thursday, 19 June 2014
BOLA TAMPAR
April 2014-Pertandingan bola tampar peringkat negeri Pahang telah berlangsung di daerah Raub.Seramai 4 orang murid perempuan & 3 orang murid lelaki dari SK Bandar Raub telah mewakili daerah Raub dalam pertandingan tersebut.Nasib belum menyebelahi daerah Raub untuk mengungguli tempat teratas namun insyallah tahun depan kita akan mencuba lagi.
SERONOKNYA SAINS
PDP di luar bilik darjah.Melihat benda maujud menjelaskan
pemahaman murid terhadap topik yang diajar.
Murid pasti mampu menumpukan perhatian apabila bahan bantu mengajar
guru jelas ditambah pula dengan penerangan guru yang kreatif.
Guru yang baik adalah guru yang menyediakan satu set pembelajaran
yang terancang serta dilaksanakan dengan penuh efektif
Kesungguhan,ketajaman pemerhatian serta limpahan ilmu pengetahuan
akan membantu murid menguasai objektif pembelajaran.
Subscribe to:
Posts (Atom)






























