Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

SELAMAT DATANG KE PORTAL PIBG SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN SK BANDAR RAUB  *   SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR.SEMOGA CEMERLANG  *   PENCAPAIAN YANG LUAR BIASA ADALAH HASIL DARIPADA KESUNGGUHAN YANG LUAR BIASA   *   SEDERAP KEARAH SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI MENJELANG 2017   *   Kemaskini pada 27 Jan 2016   *   

Monday, 25 June 2012

SAMBUTAN ISRAK & MIKRAJ 2012

18 Jun 2012-Majlis sambutan Israk & Mikraj peringkat sekolah diadakan dengan jayanya hasil kerjasama padu semua  guru.Kali ini sambutan Israk & Mikraj membawa kelainan apabila pertama kalinya menampilkan TV An-Nur SK Bandar Raub sebagai pemudah cara menyampaikan mesej Israk & Mikraj.Dengan pendekatan santai semua murid dan warga SKBR berpuas hati dan terhibur dengan isi kandungan TV An-Nur.Semua murid kemudiannya menyertai kuiz bertulis dan yang membanggakan ialah apabila hampir semua murid dapat menjawab semua soalan dengan tepat. Syabas dan tahniah pada semua.
p/s- Pada yang berminat TV An-Nur Offline boleh menghubungi s/u PIBG (Ust Supian)

Wednesday, 23 May 2012

JAMUAN MERAIKAN PERSARAAN PN SU


23 MEI 2012-Satu majlis yang sederhana namun amat bermakna buat seluruh warga SKBR untuk meraikan persaraan Puan Su setelah lebih 30 tahun berkhidmat dalam dunia pendidikan.Beliau diketahui umum seorang guru yang komited,lemah lembut,disenangi ramai serta merendah diri. Sesungguhnya kehilangan Pn Sua akan dirasai oleh seluruh warga SKBR.Selamat bersara dan semoga cikgu berbahagia sentiasa.

Monday, 21 May 2012

SERONOKNYA PRA SKBR


SKBR mempunyai 4 kelas PRA Sekolah iaitu Pra Inovatif,Pra Dedikasi,Pra Kreatif dan Pra Wibawa. Hasrat murni Pra SKBR adalah untuk menjadi peneraju utama dalam memastikan kanak-kanak seawal usia 4 tahun mendapat pendidikan sempurna dan seimbang sebagai pra syarat penting untuk menempa kejayaan apabila kanak-kanak memulakan persekolahan rendah nanti.Dengan dibarisi para guru dibantu Pembantu Pengurusan Murid yang berwibawa serta komited, SKBR amat yakin insyallah sedikit masa sahaja lagi Pra Sekolah SKBR akan memahat sejarah yang tersendiri dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak.Semoga kalian berjaya.

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT UNIFORM

29 April 2012-Perkhemahan Bersepadu Unit Uniform SKBR selama 3 hari 2 malam telah pun melabuhkan tirainya dengan meninggalkan seribu satu kenangan & pengalaman yang bermakna buat para pelajar serta para guru yang komited.Perkhemahan ini melibat 4 unit beruniform iaitu Pengakap,PBSM,Puteri Islam dan TKRS.Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah:
  • Pertandingan memasak
  • Pertandingan kawad kaki 
  • Pertandingan khemah terbaik
  • Pertandingan jungle treking
  • Pertandingan malam bakat
  • Pertandingan ikatan
  • Pertandingan pertolongan kecemasan
Secara keseluruhannya perkhemahan kali ini sangat berjaya hasil kerjasama dan komitmen padu semua pihak.Tahniah dan syabas kepada semua.


BOLA JARING SKBR PERINGKAT NEGERI

 
19 MEI 2012-Seramai 7 orang murid SKBR dipilih mewakili daerah Raub ke kejohanan bola jaring peringkat negeri Pahang yang diadakan di Maran.Syabas dan tahniah kepada para pemain yang telah pun berjuang habis-habisan namun keputusan masih belum berpihak kepada kita khususnya daerah Raub untuk muncul mengungguli kejohanan tersebut.Sekalung tahniah juga buat jurulatih,Pn Mazlina dan teman-teman lain,semoga tahun hadapan menjadi milik SKBR.

Saturday, 19 May 2012

SAMBUTAN HARI GURU 2012

16 Mei 2012-Hari Guru disambut meriah oleh warga SKBR dengan pelbagai aktiviti yang memaknakan sambutan tersebut.Aktiviti dewan dan aktiviti padang menambah erat hubungan mesra antara guru sesama guru serta dengan murid-murid.Ketawa,riang ria,usik mengusik seadanya menjadi kenangan yang terindah buat sambutan Hari Guru 2012.Nanti kita akan lihat video persembahan guru.




Sunday, 13 May 2012

ACTION SONG, PUBLIC SPEAKING & STORY TELLING


14 MEI 2012-SKBR menjadi tuan rumah kepada Pertandingan Action Song,Public Speaking & Story Telling bagi Zon Bandar.Menurut Guru Besar,Pn Norhasimah bt Mohamed,pertandingan sebegini amat bermanfaat khususnya untuk memupuk minat murid terhadap bahasa Inggeris disamping membina keyakinan murid untuk menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan.Nantikan keputusan pertandingan dalam masa yang terdekat.