29 Disember 2012-Majlis pendafataran murid tahun satu 2013 berjalan lancar.Pihak sekolah sengaja memilih hari Sabtu untuk memudahkan para ibubapa hadir dan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan anak-anak.Pada hari tersebut para ibubapa diberikan pelbagai taklimat dan info-info yang penting supaya sesi persekolahan 2013 dapat dilaksanakan dengan jayanya.Kali ini SKBR mempunyai 2 kelas iaitu tahun 1Kreatif dan 1Wibawa.Semoga anak-anak kita akan meneruskan kecemerlangan dan mengharumkan nama SKBR dipersada dunia.
Tuesday, 1 January 2013
SELAMAT TAHUN BARU 2013
01 Januari 2013-Kedatangan tahun baru disambut meriah dengan pelbagai cara.Namun bagi kita bukanlah tahun baru semata-mata dengan kegembiraan berkumpul melihat pertunjukan bunga api serta countdown sahaja bahkan tahun baru lebih bermakna apabila kita ada azam baru,tekad baru untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan.Apa sahaja yang baik.Kita nak tambah dan perbaiki kesilapan jika ada supaya kita menjadi manusia yang ada matlamat untuk sebuah kehidupan.
Tahun 2012 telah berlalu,ada pahit manisnya,ada baik buruknya, biarlah ia berlalu sebagai pengalaman yang berharga untuk kita,agar kita menjadi manusia yang terbaik.PIBG menyeru kepada sekalian pelajar SKBR agar meletakkan tentulah target pada tahun baru ini untuk mencapai keputusan yang gemilang sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh abang-abang dan kakak terdahulu.Semoga cemerlang.
Wednesday, 21 November 2012
UPSR 2012 GEMILANG
20 Nov 2012-Kepada-Nya jualah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran dan puji-pujian di atas segala kenikmatan dan kejayaan.Melengkapkan rekod kecemerlangan SKBR untuk tahun 2012 ialah apabila UPSR SKBR diumumkan seperti berikut:
- Peratus kelulusan : 98.15 %
- GPS : 1.47
- 5A : 18 orang
- 4A 1B : 6 orang
- Ranking Daerah : Tempat ke-2
- Ranking Negeri : 14/540 buah sekolah
Guru Besar merakamkan ucapan tahniah dan setinggi-tinggi perhargaan serta terima kasih kepada semua guru,staff SKBR dan PIBG yang sekian lama memberikan komitmen serta kerjasama yang padu.Dalam masa yang sama beliau amat mengharapkan agar kejayaan ini menjadi pemangkin untuk merintis kejayaan yang lebih hebat pada tahun yang akan datang.Syabas.
Saturday, 10 November 2012
TOKOH MURID SKBR 2012
11 Nov 2012-Pada Hari Anugerah Kecemerlangan yang lalu jawatankuasa pemilihan tokoh murid telah sebulat suara mengistiharkan adik Nurmaisurah bt Mohd Bakhtiar sebagai Tokoh Murid SKBR 2012.Pemilihan adalah berdasarkan kebolehan dan sumbangan adik Nurmaisurah dalam bidang akademik, kokurikulum serta akhlak yang terpuji.Sesungguhnya adik Nurmaisurah disenangi oleh semua warga SKBR. Pastilah mereka semua akan merindui wajah tenang dan senyuman manis adik Nurmaisurah.Semoga adik Nurmaisurah yang bercita-cita untuk menjadi doktor pakar bedah akan terus mencipta kecemerlangan walau di mana berada.
MELAWAT SDR YDP PIBG DI TEMERLOH
10 Nov 2012-Mewakili AJK PIBG SKBR,Ustaz Supian & Cikgu Azri ke HOSHAS Temerloh bertanya khabar Saudara YDP yang sedang menjalani rawatan.Beliau dirawat di aras 9 wad bunga raya 2 katil 18 (berdekatan dengan wad diraja).Saudara YDP berkirim salam dengan semua warga SKBR dan memohon maaf kerana tidak dapat hadir dalam beberapa acara yang dianjurkan oleh sekolah.Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih dan syabas kerana PIBG mendapat anugerah website terbaik peringkat sekolah.Semoga kecemerlangan ini menjadi titik tolak kepada kejayaan yang lain.
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN
09 Nov 2012-Majlis gilang gemilang ini dirasmikan oleh Ikon Belia Negara,Saudara Lim Teck Hoe kira-kira jam 0850 am.Majlis ini sebagai mengiktiraf kecemerlangan murid-murid disamping berfungsi memotivasikan seluruh warga SKBR menggapai kecemerlangan yang terbilang.Pemilihan Saudara Lim sebagai perasmi dilihat amat tepat dan kena pada waktunya mememandangkan beliau boleh dijadikan inspirasi kepada murid-murid bahkan warga SKBR.Rakaman ucapan terima kasih kepada semua yang menjayakan HUPH khususnya para ibubapa yang sudi hadir,sementara itu Saudara YDP memohon maaf tidak dapat hadir sedang menjalani rawatan di HOSHAS Temerloh.Tahniah dan syabas kepada semua murid yang berjaya manakala yang belum berjaya semoga akan berusaha lebih gigih.Terima kasih.
Wednesday, 7 November 2012
JAMUAN AKHIR TAHUN KKGP
07 Nov 2012-Majlis jamuan akhir tahun KKGP berlangsung tepat jam 0830 am di dewan besar SKBR.Ukhwah & mahabbah dipertaut dan dipererat seumpama sebuah keluarga besar yang bahagia. Cikgu Zul selaku pengerusi KKGP merakamkan ucapan terima kasih kepada yang hadir memberikan kerjasama yang padu.Beliau mewakili barisan kepimpinan KKGP sesi 2011/2012 memohon maaf sekira terdapat kesilapan atau kekurangan.Dalam masa yang sama beliau mengharapkan agar kepimpinan yang baru nanti akan lebih proaktif dan lebih berjaya.Manakala Guru Besar merakamkan ucapan syabas & tahniah kepada kepimpinan KKGP sesi 2011/2012 yang dianggap amat berjaya dengan penganjuran pelbagai aktiviti. Guru Besar juga mengambil peluang untuk memberikan mutiara nasihat yang amat berguna kepada semua warga SKBR dimana nasihat-nasihat tersebut umpama nasihat seorang bonda kepada anakanda-anakandanya.Majlis ini dimeriahkan lagi dengan persembahan karaoke oleh beberapa orang guru diselang seli dengan penyampaian hadiah.Secara keseluruhannya majlis pada malam tersebut amat meriah.Syabas KKGP.
Subscribe to:
Posts (Atom)








