24 Februari 2013-Majlis Pelancaran Sarana Ibubapa & Sarana PIBG peringkat kebangsaan telah diadakan di KLCC oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia.PIBG SKBR telah menghantar lima orang wakil diketuai oleh Naib YDP,Puan Azlilah bt Ariffin,Setiausaha,Ust Supian Awang Hamat, Pn Selamiah bt Tahir,En.Salasatul Zaman b Saferi dan En Ainol Jamal b Mokhtar.Ke semua wakil PIBG SKBR berpendapat bahawa kehadiran mereka ke sana amat bermanafaat di mana banyak input-input diperoleh hasil daripada pameran PIBG cemerlang peringkat kebangsaan & pengkongsian pintar kalangan ahli-ahli PIBG seluruh negara.Semoga dapatan di KLCC akan memacu kecemerlangan PIBG SKBR seterusnya.Insyallah.
Wednesday, 27 February 2013
Tuesday, 26 February 2013
PASUKAN BOLA BALING SKBR 2013 CEMERLANG
27 Feb 2013- Inilah pasukan Bola Baling SKBR lelaki dan perempuan bawah 12 tahun yang akan membawa cabaran memastikan kejayaan milik SKBR peringkat zon Bandar.Dibawah kelolaan & latihan Cikgu Zul & Puan Raja Norsa'adah dibantu oleh rakan guru yang lain,pasukan SKBR dijangka tidak akan berdepan dengan laluan sukar untuk mengungguli kejayaan yang gemilang insyallah.
Tepat jam 12.15 pm SKBR diumumkan mengungguli kedua-dua kategori,lelaki dan perempuan sebagai johan dan lebih manis lagi apabila pasukan SKBR menang tanpa bolos.Guru Besar amat berbesar hati dan mengucapkan syabas kepada pasukan bola baling sekolah khususnya para jurulatih di kalangan guru-guru diketuai Cikgu Zul & YM Pn Raja Norsa'adah.PIBG merakamkan ucapan tahniah.
Tuesday, 1 January 2013
PENDAFTARAN TAHUN 1
29 Disember 2012-Majlis pendafataran murid tahun satu 2013 berjalan lancar.Pihak sekolah sengaja memilih hari Sabtu untuk memudahkan para ibubapa hadir dan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan anak-anak.Pada hari tersebut para ibubapa diberikan pelbagai taklimat dan info-info yang penting supaya sesi persekolahan 2013 dapat dilaksanakan dengan jayanya.Kali ini SKBR mempunyai 2 kelas iaitu tahun 1Kreatif dan 1Wibawa.Semoga anak-anak kita akan meneruskan kecemerlangan dan mengharumkan nama SKBR dipersada dunia.
SELAMAT TAHUN BARU 2013
01 Januari 2013-Kedatangan tahun baru disambut meriah dengan pelbagai cara.Namun bagi kita bukanlah tahun baru semata-mata dengan kegembiraan berkumpul melihat pertunjukan bunga api serta countdown sahaja bahkan tahun baru lebih bermakna apabila kita ada azam baru,tekad baru untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan.Apa sahaja yang baik.Kita nak tambah dan perbaiki kesilapan jika ada supaya kita menjadi manusia yang ada matlamat untuk sebuah kehidupan.
Tahun 2012 telah berlalu,ada pahit manisnya,ada baik buruknya, biarlah ia berlalu sebagai pengalaman yang berharga untuk kita,agar kita menjadi manusia yang terbaik.PIBG menyeru kepada sekalian pelajar SKBR agar meletakkan tentulah target pada tahun baru ini untuk mencapai keputusan yang gemilang sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh abang-abang dan kakak terdahulu.Semoga cemerlang.
Wednesday, 21 November 2012
UPSR 2012 GEMILANG
20 Nov 2012-Kepada-Nya jualah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran dan puji-pujian di atas segala kenikmatan dan kejayaan.Melengkapkan rekod kecemerlangan SKBR untuk tahun 2012 ialah apabila UPSR SKBR diumumkan seperti berikut:
- Peratus kelulusan : 98.15 %
- GPS : 1.47
- 5A : 18 orang
- 4A 1B : 6 orang
- Ranking Daerah : Tempat ke-2
- Ranking Negeri : 14/540 buah sekolah
Guru Besar merakamkan ucapan tahniah dan setinggi-tinggi perhargaan serta terima kasih kepada semua guru,staff SKBR dan PIBG yang sekian lama memberikan komitmen serta kerjasama yang padu.Dalam masa yang sama beliau amat mengharapkan agar kejayaan ini menjadi pemangkin untuk merintis kejayaan yang lebih hebat pada tahun yang akan datang.Syabas.
Saturday, 10 November 2012
TOKOH MURID SKBR 2012
11 Nov 2012-Pada Hari Anugerah Kecemerlangan yang lalu jawatankuasa pemilihan tokoh murid telah sebulat suara mengistiharkan adik Nurmaisurah bt Mohd Bakhtiar sebagai Tokoh Murid SKBR 2012.Pemilihan adalah berdasarkan kebolehan dan sumbangan adik Nurmaisurah dalam bidang akademik, kokurikulum serta akhlak yang terpuji.Sesungguhnya adik Nurmaisurah disenangi oleh semua warga SKBR. Pastilah mereka semua akan merindui wajah tenang dan senyuman manis adik Nurmaisurah.Semoga adik Nurmaisurah yang bercita-cita untuk menjadi doktor pakar bedah akan terus mencipta kecemerlangan walau di mana berada.
MELAWAT SDR YDP PIBG DI TEMERLOH
10 Nov 2012-Mewakili AJK PIBG SKBR,Ustaz Supian & Cikgu Azri ke HOSHAS Temerloh bertanya khabar Saudara YDP yang sedang menjalani rawatan.Beliau dirawat di aras 9 wad bunga raya 2 katil 18 (berdekatan dengan wad diraja).Saudara YDP berkirim salam dengan semua warga SKBR dan memohon maaf kerana tidak dapat hadir dalam beberapa acara yang dianjurkan oleh sekolah.Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih dan syabas kerana PIBG mendapat anugerah website terbaik peringkat sekolah.Semoga kecemerlangan ini menjadi titik tolak kepada kejayaan yang lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)





