Monday, 17 March 2014
Saturday, 15 March 2014
Olahraga MSSRD Raub Zon Bandar
11 Mac 2014-Inilah kontijen SKBR untuk olahraga.Latihan dan tips-tips yang berguna telah didedahkan oleh guru terlibat.Guru pengiring tampak yakin dengan kontijen kali ini untuk meraih kilauan emas sebanyak yang mungkin.Kita doakan kejayaan mereka.
GOTONG ROYONG PRASEKOLAH
15 Februari 2014-Kehadiran ibu bapa dan penjaga amat memberansangkan.Gotong ini secara khusus untuk membina mini jalan raya yang lebih praktikal.Jika sebelum ini mini jalan raya hanya menggunakan cat sebagai garisan di atas rumput dan ianya cepat pudar.Justeru kami merakamkan syabas dan tahniah di atas kerjasama sekalian ibu bapa.
HADIAH UNTUK YANG RAJIN
Panitia setiap mata pelajaran memberikan hadiah kepada murid yang berjaya menyiapkan kerja rumah yang dibekalkan semasa cuti sekolah yang lalu.Amalan ini menjadi tradisi SKBR.Ianya dilihat positif sebagai galakan serta ganjaran kepada murid yang bertungkus lumus menyiapkan kerja sekolah.Syabas.
AMALAN TERPUJI
Murid-murid ini tanpa disuruh tanpa dipantau.Tersentuh hati melihat kerajinan mereka.Membuat kerja rumah dan berkongsi ilmu pengetahuan.Bantu membantu antara satu sama lain sementara menunggu ibu bapa / penjaga datang mengambil untuk pulang ke rumah.Syabas.
AKTIVITI DI GALERI HERBA
Guru-guru memanafaatkan galeri herba.GPK Kokurikulum juga turut serta.
Guru & murid tekun menyiapkan kraftangan sebagai persediaan ke perkhemahan peringkat negeri
MTQSS ZON BANDAR 2014
Tuan Nur Aqilah - Naib Johan Tilawah (P)
Laila Basyirah -Johan Bercerita (P)
Naufal - Naib Johan Tilawah (L)
Alif Haikal -Naib Johan Bercerita (L)
Muaz Mohd Aris - Naib Johan Hafazan (L)
Naib Johan Nasyid
Subscribe to:
Posts (Atom)


















