Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

SELAMAT DATANG KE PORTAL PIBG SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN SK BANDAR RAUB  *   SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR.SEMOGA CEMERLANG  *   PENCAPAIAN YANG LUAR BIASA ADALAH HASIL DARIPADA KESUNGGUHAN YANG LUAR BIASA   *   SEDERAP KEARAH SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI MENJELANG 2017   *   Kemaskini pada 27 Jan 2016   *   

Sunday, 17 August 2014

PERTANDINGAN MENULIS ESEI SEMPENA HARI GURU




Syabas dan tahniah kepada adik Amirah Dalilah bt Khairul Azman (YDP PIBG) dan adik Syakir Aiman yang mengharumkan nama SK Bandar Raub apabila memenangi hadiah Pertandingan menulis esei sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan.Adik Amirah Dalilah mendapat tempat ke-2 manakal adik Syakir Aiman tempat ke-5.Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan II,  YB. Dato' Seri Idris Bin Jusoh.

PELANCARAN HARI KEMERDEKAAN 2014

18 Ogos 2014-Majlis pelancaran disempurnakan oleh GPK 1.Pn Norhayati Awang.
Beliau juga membacakan perutusan Hari Kemerdekaan dengan penuh bersemangat.
Persembahan koir dalam Bahasa Inggeris oleh murid tahun 4K.
Majlis pelancaran diakhiri dengan nyanyian lagu-lagu patriotik.Pelbagai acara akan dilangsungkan sempena sambutan Bulan Kemerdekaan.Murid-murid yang berminat sila berhubung dengan penyelaras Sambutan Bulan Kemerdekaan,Pn Lydia atau guru kelas masing-masing untuk butiran lanjut.

Wednesday, 25 June 2014

MAJLIS PENGIKTIRAFAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN FASA 8 KPM


26 Jun 2014-Syabas dan tahniah kepada seluruh warga SKBR khususnya Puan Guru Besar atas penganugerahan Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 8.Kami semua amat berbangga dengan anda semua. Kalungan ucapan tahniah dan syabas juga kepada semua murid-murid SKBR.Anda kini tahu di mana dan siapa anda yang sebenarnya.Kekalkanlah prestasi terbaik ini dan kami semua pasti akan sentiasa menyokong kalian.
 Guru Besar menerima cek terpampang di Harian Metro.Syabas

Thursday, 19 June 2014

BOLA TAMPAR








April 2014-Pertandingan bola tampar peringkat negeri Pahang telah berlangsung di daerah Raub.Seramai 4 orang murid perempuan & 3 orang murid lelaki dari SK Bandar Raub telah mewakili daerah Raub dalam pertandingan tersebut.Nasib belum menyebelahi daerah Raub untuk mengungguli tempat teratas namun insyallah tahun depan kita akan mencuba lagi.  

SERONOKNYA SAINS

 PDP di luar bilik darjah.Melihat benda maujud menjelaskan 
pemahaman murid terhadap topik yang diajar.
 Murid pasti mampu menumpukan perhatian apabila bahan bantu mengajar 
guru jelas ditambah pula dengan penerangan guru yang kreatif.
 Guru yang baik adalah guru yang menyediakan satu set pembelajaran 
yang terancang serta dilaksanakan dengan penuh efektif
Kesungguhan,ketajaman pemerhatian serta limpahan ilmu pengetahuan 
akan membantu murid menguasai objektif pembelajaran.

Thursday, 29 May 2014

MINI HANDBALL COURT

Proses membuat garisan gol.Cikgu Zul selaku penyelaras kebitaraan Bola Baling
Murid-murid ikut sama membantu disamping ajk PIBG.
Ustaz Supian membantu mengemas barang-barang.
Hampir siap.Esok akan pasang pula jaring penghadang bola serta tiang gol.
Fuh..menghela nafas lega apabila misi hampir ke penghujungnya.

ANJUNG BAHASA MELAYU

 19 Mei 2014-Panitia Bahasa Melayu sedang menyiapkan anjung bahasa.Menarik sekali.
 Kerjasama dan sokongan rakan guru adalah menyeluruh.
Hampir siap.Insyallah menjadi mercu tanda Kebitaraan Akademik SKBR