Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

SELAMAT DATANG KE PORTAL PIBG SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN SK BANDAR RAUB  *   SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR.SEMOGA CEMERLANG  *   PENCAPAIAN YANG LUAR BIASA ADALAH HASIL DARIPADA KESUNGGUHAN YANG LUAR BIASA   *   SEDERAP KEARAH SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI MENJELANG 2017   *   Kemaskini pada 27 Jan 2016   *   

Tuesday 30 April 2013

CERITA HARI INI 30 April 2013

Peti cadangan / aduan yang telah di 'update'.Lokasinya di pondok pengawal sangat strategik.Para ibu bapa/penjaga atau pelanggan boleh menulis sebarang cadangan & aduan demi kebaikan bersama yakni kebaikan untuk sekolah,untuk ibu bapa & untuk anak-anak kita semuanya.Pastilah apabila kita menulis cadangan mahupun aduan menggunakan bahasa yang baik dan beralas sesuai dengan adab budaya bangsa Malaysia.
Emm..cuba kita tengok adik cilik ini sewaktu perhimpunan harian (Selasa).Beliau begitu fokus dan bersedia pula dengan buku catatan untuk menulis apa yang diberitahu oleh guru.Kecil-kecil cili padi tau...
Ini pula Cikgu Ishak sedang berbicara mengenai Bahasa Melayu.Beliau memberikan beberapa patah perkataan dan meminta murid mencari maksud yang tepat.Aktiviti sebegini mampu memperkayakan perbendaharaan kata murid-murid.Syabas cikgu.....

Monday 29 April 2013

LATIHAN FUTSAL & BOLA JARING PRASEKOLAH


 Ust Sahadan meluangkan masa melatih & merancang strategi 
pasukan Futsal Prasekolah SKBR.

Menurut Ust Sahadan 5 & 6 orang murid Pra amat berbakat dalam permainan bola dan ini memberikan harapan yang cerah kepada SKBR untuk memenangi pertandingan yang akan diadakan pada 14 Mei 2013 apatah lagi SKBR menjadi tuan rumah.

 Kelihatan PPM Mazlina memerhatikan cara murid 
Pra perempuan berlatih permainan bola jaring.
Cikgu Norhayati ikut sama melatih murid Pra untuk pertandingan pada 14 Mei nanti.

ZIARAH PEGAWAI JPN PAHANG & KURSUS MEMBINA RPH

30 April 2013-SKBR menerima kunjungan daripada JPN Pahang dalam usaha kolaborasi & perkongsian maklumat kearah memperkasakan SKBR dalam arus pendidikan global.Dalam masa yang sama SKBR juga menjadi tuan rumah bagi Kursus Pembinaan RPH Kelas Pemulihan Khas yang disampaikan oleh Guru Cemerlang Pemulihan Khas SKBR,Pn Hasmida Ismail.Syabas SKBR.

Para pentadbir & guru sedang mengikuti program 
bersama Pegawai JPN Pahang.
 Kursus Pembinaan RPH Kelas Pemulihan Khas 
di Bilik Gerakan


Sunday 14 April 2013

KEJOHANAN BOLA JARING ZON BANDAR 2013


10 April 2013-Wow SK Bandar johan lagi...mengulangi kejayaan tahun lalu selaku juara Zon Bandar. Nampaknya usaha tungkus lumus para guru latih dan pemain membuahkan hasil yang diidamkan. Kalungan tahniah dan syabas kepada semua yang melibatkan diri dalam usaha melatih dan berlatih. Menurut Ustazah Mazlina pemain-pemain SKBR amat cemerlang bermain sehinggakan pemain-pemain pasukan lain tidak pun berjaya menjaringkan gol.Wow hebat pasukan SKBR.Semoga terus berjaya pula ke peringkat daerah,negeri dan seterusnya.

Monday 8 April 2013

TAKLIMAT SARANA IBU BAPA & SEKOLAH 2013


09 April 2013-GPK Kurikulum & Setiausaha PIBG seluruh Daerah Raub berkumpul di PPD Raub untuk satu taklimat Sarana Ibu Bapa & Sarana Sekolah.SK Bandar Raub di wakili oleh Cikgu Norhayati Awang selaku GPK Kurikulum & Ust Supian Awg Hamat selaku setiausaha PIBG. Kehadiran peserta amat baik termasuk juga penyampaian taklimat serta perkongsian pengurusan sarana daripada GB SK Ulu Gali membantu pengkayaan maklumat.Tahniah kepada pihak penganjur yakni PPD Raub dan semua yang komit hadir demi kecemerlangan PIBG.