Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

SELAMAT DATANG KE PORTAL PIBG SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN SK BANDAR RAUB  *   SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR.SEMOGA CEMERLANG  *   PENCAPAIAN YANG LUAR BIASA ADALAH HASIL DARIPADA KESUNGGUHAN YANG LUAR BIASA   *   SEDERAP KEARAH SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI MENJELANG 2017   *   Kemaskini pada 27 Jan 2016   *   

Sunday 22 April 2012


23 April-PROGRAM SOLAT HAJAT & BACAAN SURAH YAA SIN
Menginsafi bahawa setiap kejayaan itu harus berpaksikan kepada doa dan tawakal tidak sekadar usaha semata-mata,maka PIBG & pihak sekolah telah mengatur inisiatif menganjurkan slot kerohanian merangkumi solat hajat,bacaan Yaa Sin dan tazkirah pendek.Program ini yang dilaksanakan pada setiap Jumaat jam 0730 am - 0800 am telah mendapat sokongan yang amat padu daripada Pn Guru Besar,yang mana beliau sendiri tidak pernah ketinggalan turut serta dalam program ini.Kami juga amat menghargai sumbangan ustaz dan ustazah SKBR yang menjadi penyelaras program sekaligus memastikan ianya berjalan mengikut perancangan.Semoga usaha mulia ini menjadi pemangkin dan pelengkap kepada kecemerlangan UPSR 2012.Insyallah.




Friday 20 April 2012

20 April 2012-LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN PENGURUSAN KOKURIKULUM

Para guru komited turun ke padang jam 3.30 pm (Jumaat) sekalipun cuaca tidak menentu demi memenuhi keperluan latihan kokurikulum sebagai seorang guru yang serba boleh.Dalam erti kata setiap guru wajar dan mampu melaksanakan latihan untuk semua jenis sukan & permainan.Syabas dan tahniah kepada penyelaras kokurikulum dibantu oleh GPK KK dan jurulatih-jurulatih yang telah melaksanakan amanah dengan begitu baik apatah lagi GB yang sanggup 'bersinsing lengan' turun sekali ke padang berlatih dan bermain bersama-sama.PIBG amat berbangga dengan kalian semua.



Tuesday 17 April 2012

HARI ALAM SEKITAR 2012

18hb April - Bersempena dengan HARI ALAM SEKITAR 2012,SK Bandar Raub dengan kerjasama Majlis Daerah Raub telah mengadakan Sambutan Hari Alam Sekitar peringkat sekolah bertempat di dataran kejat.Pihak Majlis Daerah Raub telah menyumbangkan 200 anak pokok seperti pokok bunga raya, puding copia dan alamanda untuk ditanam di persekitaran sekolah. En Zulkifli Nasir Penyelia Landskap MDR telah menyempurnakan majlis penyampaian anak-anak pokok bunga kepada En Anas selaku wakil pihak sekolah.Para guru dan murid-murid tahun 4 & 5 seterusnya bersama-sama menanam pokok-pokok bunga dikawasan yang berkaitan.PIBG mengucapkan syabas dan amat berterima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program yang amat bermakna ini.

Sunday 15 April 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG 2012 SK BANDAR RAUB

24 MAC 2012-Mesyuarat PIBG SKBR telah dilaksanakan dengan jayanya berkat kerjasama semua pihak.Rakaman ucapan terima kasih kepada Dato'Ir.Azinudin bin Abd Rahim,Pengarah RAGM Sdn Bhd yang sudi hadir seterusnya merasmikan mesyuarat tersebut.Pada sesi 2012/2013 mesyuarat sebulat suara melantik ajk PIBG gandingan muka lama dan baru.Harapan dan hasrat adalah untuk bersama bersatu hati ke arah kejayaan dan kecemerlangan SKBR.Kita percaya dengan sifat keterbukaan dan kerjasama erat mampu menerjah halangan-halangan jika ada untuk mencapai kecemerlangan.Syabas,tahniah dan selamat melaksanakan amanah diucapkan kepada mereka yang diberi kepercayaan sebagai AJK PIBG sesi 2012/2013.




Friday 13 April 2012

MENCIPTA KECEMERLANGAN MEMAHAT SEJARAH

Assalamualaikum wth dan selamat sejahtera.Bersyukur kepada Allah swt kerana dengan izin dan inayah-Nya dapat kita semua bersua dan berinteraksi melalui alam maya atau lebih dikenali sebagai internet sebagai wadah komunikasi masa kini.Menyedari realiti dan zaman yang semakin berubah dengan kepesatan teknologi dunia yang semakin canggih,maka PIBG SK Bandar 2012 mengambil inisiatif untuk memanafaatkan teknologi kearah memaksimakan upaya gerak kerja demi kebaikan bersama.

Hari ini sejarah dicatatkan dengan pelancaran laman web PIBG SK Bandar Raub dengan gemilangnya. Justeru kami merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak pentadbir sekolah dan teman-teman guru yang amat menyokong usaha menubuhkan laman web PIBG SK Bandar Raub.Hari ini cita-cita dan harapan PIBG untuk memiliki laman web sendiri menjadi realiti.Semoga laman ini akan mampu menjadi rujukan dan medium perhubungan yang ampuh antara ibubapa,guru dan warga sekolah secara keseluruhannya.Sebarang cadangan dan syor penambahbaikan amat kami hargai sesuai dengan moto kami "PIBG SK BANDAR RAUB CEMERLANG 2012".

Sekian terima kasih.

Tinta Setiausaha Kehormat