Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

SELAMAT DATANG KE PORTAL PIBG SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN SK BANDAR RAUB  *   SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR.SEMOGA CEMERLANG  *   PENCAPAIAN YANG LUAR BIASA ADALAH HASIL DARIPADA KESUNGGUHAN YANG LUAR BIASA   *   SEDERAP KEARAH SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI MENJELANG 2017   *   Kemaskini pada 27 Jan 2016   *   

Saturday 6 September 2014

TAMAN HERBA-POKOK MARKISA


 22 Julai 2014-Kelihatan Abg Lan (tukang kebun) dibantu oleh pekerja swasta sekolah sedang membuat dinding menggunakan dawai BRC sebagai medium pokok Markisa memanjat & menjalar.Terima kasih pada Abg Lan yang juga membantu membina pargola sebagai 'rumah' Markisa.Insyallah kita akan sama menikmati jus buah Markisa yang terkenal mempunyai khasiat tidak lama lagi.Sedikit info Markisa:
Markisa atau juga dikenali sebagai buah susu, merupakan sejenis pokok yang menjalar bagi mendapatkan cahaya matahari. Buahnya yang rasa sedikit masam dan manis boleh dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan minuman.

Markisa adalah buah tropika semulajadi yang terdapat di Amerika. Terdapat dua jenis variasi komersial buah markisa iaitu Passiflora Edulis L yang merupakan buah berwarna ungu dan Passiflora Edulis F yang berwarna kuning. Terdapat kira-kira lebih daripada 400 spesies buah markisa, di mana sekurang-kurangnya 50 atau lebih daripadanya boleh dimakan.

http://laman-seri.blogspot.com/2010/10/khasiat-buah-markisa.html

MESYUARAT KECIL JAWATANKUASA KEBITARAAN & ETOS



17 Julai 2014-Satu mesyuarat kecil terdiri daripada 4 orang guru penyelaras kebitaraan dan etos bersama penyelaras Sekolah Kluster Kecemerlangan telah diadakan bagi membincangkan aktiviti berkaitan disamping menyelaras posisi sumber manusia di SKBR agar lebih efektif dan berdaya saing.Ini dilakukan selaras dengan kehendak dan hasrat pihak pentadbir sekolah yang menginginkan supaya semua tugasan berkaitan kebitaraan / etos boleh berjalan dengan lancar dan mengikut jadual.Alhamdulillah hasil mesyuarat telah dimurnikan secara bersama.Syabas.

PROGRAM PENGGUNAAN AKHBAR DALAM BILIK DARJAH



16 Julai 2014-Guru-guru praktikum,Cikgu Beh dan Cikgu Noraini mengambil inisiatif yang amat baik apabila mengetengahkan penggunaan akbar sebagai bahan bantu mengajar yang efektif.Kami sempat menjenguk seketika dan mendapati bahawa semua murid memberikan kerjasama terbaik serta kelihatan teruja untuk melaksanakan setiap arahan guru.Kita percaya bahawa inilah salah satu contoh pengajaran dan pembelajaran yang mampu membantu murid mencapai objektif pembelajaran yang diingini oleh guru.Syabas.

PAPAN TANDA SEKOLAH KLUSTER

Blok A hanya ada satu papan tanda sekolah
Lori membawa papan tanda SKK.
Sudah siap pasang....papan tanda SKK Blok A
Proses memasang papan tanda SKK di pintu utama
SK Bandar Raub 
 Sudah siap...18 Ogos 2014..cantik cuma agak terlindung
oleh pokok bunga Majlis Daerah Raub.