Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

SELAMAT DATANG KE PORTAL PIBG SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN SK BANDAR RAUB  *   SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR.SEMOGA CEMERLANG  *   PENCAPAIAN YANG LUAR BIASA ADALAH HASIL DARIPADA KESUNGGUHAN YANG LUAR BIASA   *   SEDERAP KEARAH SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI MENJELANG 2017   *   Kemaskini pada 27 Jan 2016   *   

Wednesday 23 May 2012

JAMUAN MERAIKAN PERSARAAN PN SU


23 MEI 2012-Satu majlis yang sederhana namun amat bermakna buat seluruh warga SKBR untuk meraikan persaraan Puan Su setelah lebih 30 tahun berkhidmat dalam dunia pendidikan.Beliau diketahui umum seorang guru yang komited,lemah lembut,disenangi ramai serta merendah diri. Sesungguhnya kehilangan Pn Sua akan dirasai oleh seluruh warga SKBR.Selamat bersara dan semoga cikgu berbahagia sentiasa.

Monday 21 May 2012

SERONOKNYA PRA SKBR


SKBR mempunyai 4 kelas PRA Sekolah iaitu Pra Inovatif,Pra Dedikasi,Pra Kreatif dan Pra Wibawa. Hasrat murni Pra SKBR adalah untuk menjadi peneraju utama dalam memastikan kanak-kanak seawal usia 4 tahun mendapat pendidikan sempurna dan seimbang sebagai pra syarat penting untuk menempa kejayaan apabila kanak-kanak memulakan persekolahan rendah nanti.Dengan dibarisi para guru dibantu Pembantu Pengurusan Murid yang berwibawa serta komited, SKBR amat yakin insyallah sedikit masa sahaja lagi Pra Sekolah SKBR akan memahat sejarah yang tersendiri dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak.Semoga kalian berjaya.

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT UNIFORM

29 April 2012-Perkhemahan Bersepadu Unit Uniform SKBR selama 3 hari 2 malam telah pun melabuhkan tirainya dengan meninggalkan seribu satu kenangan & pengalaman yang bermakna buat para pelajar serta para guru yang komited.Perkhemahan ini melibat 4 unit beruniform iaitu Pengakap,PBSM,Puteri Islam dan TKRS.Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah:
  • Pertandingan memasak
  • Pertandingan kawad kaki 
  • Pertandingan khemah terbaik
  • Pertandingan jungle treking
  • Pertandingan malam bakat
  • Pertandingan ikatan
  • Pertandingan pertolongan kecemasan
Secara keseluruhannya perkhemahan kali ini sangat berjaya hasil kerjasama dan komitmen padu semua pihak.Tahniah dan syabas kepada semua.


BOLA JARING SKBR PERINGKAT NEGERI

 
19 MEI 2012-Seramai 7 orang murid SKBR dipilih mewakili daerah Raub ke kejohanan bola jaring peringkat negeri Pahang yang diadakan di Maran.Syabas dan tahniah kepada para pemain yang telah pun berjuang habis-habisan namun keputusan masih belum berpihak kepada kita khususnya daerah Raub untuk muncul mengungguli kejohanan tersebut.Sekalung tahniah juga buat jurulatih,Pn Mazlina dan teman-teman lain,semoga tahun hadapan menjadi milik SKBR.

Saturday 19 May 2012

SAMBUTAN HARI GURU 2012

16 Mei 2012-Hari Guru disambut meriah oleh warga SKBR dengan pelbagai aktiviti yang memaknakan sambutan tersebut.Aktiviti dewan dan aktiviti padang menambah erat hubungan mesra antara guru sesama guru serta dengan murid-murid.Ketawa,riang ria,usik mengusik seadanya menjadi kenangan yang terindah buat sambutan Hari Guru 2012.Nanti kita akan lihat video persembahan guru.




Sunday 13 May 2012

ACTION SONG, PUBLIC SPEAKING & STORY TELLING


14 MEI 2012-SKBR menjadi tuan rumah kepada Pertandingan Action Song,Public Speaking & Story Telling bagi Zon Bandar.Menurut Guru Besar,Pn Norhasimah bt Mohamed,pertandingan sebegini amat bermanfaat khususnya untuk memupuk minat murid terhadap bahasa Inggeris disamping membina keyakinan murid untuk menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan.Nantikan keputusan pertandingan dalam masa yang terdekat.

Saturday 12 May 2012

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2012

Guru Besar merasmikan Kejohanan Merentas Desa SKBR
Ustaz Khairul turut berlari sambil 
memastikan keselamatan para pelari
Letih berlari,berjalan pula.Kelihatan Kancil kuning Cikgu YM Raja 
MAC 2012-Kejohanan merentas desa peringkat sekolah dilaksanakan dengan meriah dan ceria hasil kerjasama mantap semua pihak.Syabas kepada murid-murid yang bersungguh-sungguh menamatkan larian sejauh 6 km.Pasti kalian memperoleh pengalaman dan ilmu baru sekalipun sekadar berlari. Inilah yang dikatakan sebagai pembelajaran luar bilik darjah.Kalungan ucapan terima kasih kepada pasukan PDRM yang memastikan lalulintas berjalan lancar dan semestinya para guru yang komited.

Friday 11 May 2012

KARNIVAL BAHASA MELAYU DAERAH RAUB

 Ucapan perasmian Karnival Bahasa Melayu Sekolah-
Sekolah Daerah Raub 2012 oleh PPD Raub
 Pasukan SKBR yang membawa obor 
perjuangan memastikan kejayaan milik SKBR
 Sempat bergambar dengan Guru Besar dan guru pengiring,Cikgu Wan 
& Cikgu Shamsiah sebelum berangkat ke SK Raub Jaya
 Pasukan pantun bersama guru pengiring yang komited,Cikgu Shamsiah
 
Bergambar kenangan.Jumpa lagi 2013 insyallah.

PENGAWAS DAN PUSTAKAWAN SESI 2012


Inilah barisan pengawas sekolah (berbaju biru) dan pustakawan sekolah (berbaju unggu) sesi 2012 yang diberikan amanah serta tanggungjawab besar khususnya untuk membantu para guru mengurustadbir dan mengelolakan setiap aktiviti SKBR.PIBG amat berbangga dengan kalian dan didoakan agar kalian dapat melaksanakan setiap tugasan pada tahap yang terbaik.

SAMBUTAN MAULID AR RASUL 2012

Guru Besar,GPK dan para guru memulakan selawat bersama-sama dengan 
murid sambil membawa sepanduk yang memuji-muji Baginda saw.
Murid-murid Pendidikan Khas juga tidak ketinggalan meraikan Sambutan 
Maulid ar Rasul sebagai sebahagian daripada program sekolah
Ustaz-ustaz berganding bahu dengan cikgu-cikgu 
mempersembahkan nasyid memuji-muji Baginda saw.
Awal-awal pagi lagi Guru Besar ceria bersama-sama dengan murid-murid 
yang lengkap berpakaian baju kurung dan baju melayu bersamping.
Slot ceramah diisi oleh GPI SK Bandar Raub,mengupas topik 
Syamail Muhamad saw berbantukan ICT untuk menarik minat murid.
Barisan GPI/jQAF selaku penyelaras sambutan 
bergambar bersama pentadbir sekolah.

Wednesday 9 May 2012

REFLEKSI KENDIRI

 
 Macamana?Apakah anda sanggup menyahut cabaran ini?.Semua mahu cemerlang tetapi sedikit yang sanggup memenuhi syarat-syarat untuk cemerlang.Berjiwa besarlah demi sebuah KECEMERLANGAN.

Pesanan dari PIBG SKBR

SELAMAT HARI GURU 2012


Pejam-pejam celik Hari Guru 2012 tiba lagi.Syukur kerana kita hari ini sedikit sebanyak adalah disebabkan oleh guru kita suatu masa dahulu.Kelompok guru samada kita sedar atau tidak merupakan insan yang berpengaruh dalam kehidupan kita.Jasa dan budi mereka amat wajar dikenang sekalipun mereka tidak pernah memintanya.Dan hari ini guru mendidik pula anak-anak kita bahkan cucu-cicit kita nanti insyallah. Justeru kalungan doa,terima kasih dan penghargaan buatmu wahai GURU.Terima kasih cikgu.

Tuesday 8 May 2012

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

KSSR adalah merupakan singkatan kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah.Ianya mula dilaksanakan pada Tahun 2011 bagi pelajar Tahun 1  dimana prestasi pelajar bukannya berdasarkan kepada markah peperiksaan 100% sebaliknya pelbagai kriteria akan diambilkira dalam membuat penilaian.

KSSR diperkenalkan bagi menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang telah lama dilaksanakan. Antara mata pelajaran baru diperkenalkan iaitu Pendidikan Seni dan Visual (PSV), Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Bahasa Arab (AST) yang akan diperkenalkan pada tahap satu.

KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.

Juga boleh layarai laman web Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tuesday 1 May 2012

JAMUAN PERPISAHAN USTAZAH



21 APRIL 2012-SKBR meraikan pertukaran 2 orang guru,ustazah Ghazilah ke SK Perempuan Methodist dan ustazah Rabeah ke SK Krau 1.Dalam masa yang sama turut meraikan kedatangan guru Penolong Kanan yang baru,Cikgu Anas dari PPD Raub dan Cikgu Norhayati dari SK Sega.Kami amat berterima kasih atas jasa bakti kedua-dua orang ustazah dengan doa dan harapan agar ustazah berdua akan terus cemerlang bertugas ditempat baru manakala ucapan selamat datang dan tahniah serta selamat menyertai keluarga besar PIBG SKBR kepada kedua-dua orang GPK.Insyallah kita akan seronok bekerja bersama-sama.

TREK LARIAN SUKAN SEKOLAH

1 MEI 2012-Sepasukan guru-guru bersepakat dibawah pimpinan setiausaha sukan sekolah,Cikgu Zulhaizaf untuk bersama-sama membuat trek larian sekeliling padang sebagai persedian awal bagi latihan rumah-rumah sukan yang akan bermula pada masa yang terdekat.GPK HEM & En Syahir (juruteknik SKBR) turut ikut serta menyumbang tenaga.Kerja-kerja bermula tepat jam 0900 am - 1215 pm.Syabas dan terima kasih atas usaha kalian.