Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

SELAMAT DATANG KE PORTAL PIBG SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN SK BANDAR RAUB  *   SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR.SEMOGA CEMERLANG  *   PENCAPAIAN YANG LUAR BIASA ADALAH HASIL DARIPADA KESUNGGUHAN YANG LUAR BIASA   *   SEDERAP KEARAH SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI MENJELANG 2017   *   Kemaskini pada 27 Jan 2016   *   

Wednesday 27 March 2013

SISTEM FAIL PIBG



27 Mac 2013-Tahun ini PIBG SKBR melaksanakan satu penambahbaikan awal apabila menukar fail-fail lama kepada fail yang baru selari dengan fail-fail New Deal.Terdapat sepuluh fail merangkumi:
  1. Pengurusan & organisasi
  2. Surat menyurat
  3. Surat pekeliling
  4. Pelan bertindak
  5. Minit mesyuarat
  6. Usul mesyuarat
  7. Kewangan & aset
  8. Penyata bank
  9. Aktiviti PIBG
  10. Kumpulan sokongan ibu bapa.
Mudah-mudahan dengan penambahbaikan ini akan memperkasakan lagi pengurusan & menyemarakkan aktiviti PIBG bagi tahun 2013.

UPGRADE PRASARANA SISTEM BUNYI & SUIS

28 Mac 2013-Usaha mempertingkatkan keselesaan & kemudahan penggunaan alatan sistem bunyi dan suis giat dilaksanakan oleh warga SKBR sendiri.Kelihatan Ustaz Sahadan & En Syahir bekerjasama menyambung wayar sistem bunyi dan suis melalui dalam simen agar wayar-wayar tersebut tidak mengganggu pergerakan serta mencantikkan pemandangan.Usaha sebegini merupakan satu penambahbaikan yang patut dicontohi.Syabas kepada warga SKBR yang prihatin.

Tuesday 19 March 2013

MOTIVASI MURID & IBUBAPA BERSAMA IKON BELIA NEGARA



15 Mac 2013-Program motivasi bersama Ikon Belia Negara,En Lim Teck Hoe telah di rasmikan oleh YB Dato’ Hoh Khai Mun, DSAP., DIMP, Ahli Dewan Undangan Negeri Bilut merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan & Alam Sekitar Dan Kesihatan Negeri.Kehadiran ibubapa & penjaga amat memuaskan dan respon yang diterima juga memberansangkan.Terdapat juga kalangan ibubapa yang mencadangkan agar program sebegini diteruskan lagi dalam masa yang terdekat ini.Dalam program ini juga PIBG dianugerahkan sejumlah peruntukan & sebuah 'notebook' 1Malaysia justeru PIBG merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak kerajaan khususnya YB Dato' Hoh Khai Mun.Ucapan terima kasih juga kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.

Monday 18 March 2013

LATIHAN BOLA BALING PERINGKAT DAERAH


12 Mac 2013-Selaku johan Zon Bandar kategori lelaki & perempuan,SK Bandar Raub bertanggungjawab melatih pemain-pemain Bola Baling untuk pertandingan peringkat daerah Raub. Diketuai oleh Cikgu Zul & YM Cikgu Raja NorSa'adah dibantu oleh guru-guru lain, latihan intensif dijalankan di padang Futsal Majlis Daerah Raub mengikut jadual yang dipersetujui bersama. Pertandingan peringkat daerah akan diadakan pada 15 Mac 2013 di Padang Futsal Majlis Daerah Raub jam 0800 pagi.Selamat berjaya.

MSSRD ZON BANDAR 2013


19 Mac 2013-Pasukan sekolah membawa cabaran dalam kejohanan sukan MSSRD peringkat zon Bandar dengan kejayaan yang memberansangkan.11 orang murid berjaya mendapat pingat sekaligus mewakili Zon Bandar ke kejohanan MSSRD di Dong.Mudahan kejayaan lebih gemilang untuk pasukan Zon Bandar Raub.

Sunday 17 March 2013

FOTO-FOTO KEMPEN SERONOKNYA KE SEKOLAH

 YDP PIBG,En Khairul Azman Nordin dan Pegawai Psikologi Jabatan Kebajikan Masyarakat,En Mohd Hisham Faizal Abdullah menjayakan Kempen Seronoknya Ke Sekolah.
 YDP PIBG menyempurnakan gimik pelancaran 
dengan menandatangan pada 'bunting' kempen
 Pegawai Psikilogi JKM diraikan oleh Guru Besar,Pn Norhasimah Mohamed 
& GPK Kurikulum,Pn Norhayati Awang
 Ceramah santai bertemakan ponteng oleh Pegawai Psikologi JKM,
En Mohd Faizal Hisyam menarik perhatian murid.
 Murid-murid fokus terhadap ceramah Seronoknya Ke Sekolah
 Pegawai Psikologi JKM,En Mohd Faizal Hisyam menyampaikan borang pengesanan ponteng kepada wakil guru kelas,Pn Lydia Jamnul merangkap Penolong Ketua Guru Disiplin.
Sesi bergambar guru-guru SKBR bersama Wakil JAbatan Kebajikan Masyarakat Raub 
& YDP PIBG SK Bandar Raub.Terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua.

Saturday 16 March 2013

KEMPEN SERONOKNYA KE SEKOLAH

18 Mac 2013-Satu kempen khas untuk menarik perhatian murid termasuk ibubapa agar peka dengan gejala ponteng dan peri pentingnya kehadiran ke sekolah.Dirasmikan oleh YDP PIBG,Saudara Khairul Azman B Nordin serta jemputan ceramah istimewa daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Raub.Beberapa aktiviti diadakan sempena minggu kempen Seronoknya ke Sekolah seperti:
  • Pertandingan mengarang esei
  • Pertandingan mewarna
  • Pertandingan teka silang kata
  • Pertandingan melukis poster 
Dalam masa yang sama Badan Disiplin & Pengawas akan memantau kehadiran murid dengan kerjasama semua guru kelas menggunakan borang 'pemantauan kehadiran'.Murid yang tidak hadir 3 hari dalam sebulan tanpa sebab yang munasabah @ tanpa surat makluman daripada penjaga akan diambil perhatian.Mudahan usaha yang baik ini akan membuahkan hasil yang positif. 

Saturday 9 March 2013

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-87

02 Mac 2013-Berlangsung mesyuarat agung PIBG SKBR kali ke-87 dengan jayanya hasil kerjasama utuh warga ibubapa & warga SK Bandar Raub.Kalungan ucapan tahniah & setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga guru & staff SKBR yang bertungkus lumus menjayakan mesyuarat kali ini.Hanya Allah jualah yang akan memberikan ganjaran yang terbaik buat kalian.Mesyuarat kali ini sekali lagi dirasmikan oleh YH Dato' Azinudin b Hj Abd Rahim,Pengarah Urusan Raub Australian Gold Mining tepat jam 1200 pm.Dalam ucapan perasmian,YH Dato' banyak memberikan nasihat-nasihat dan pesanan-pesanan yang amat berguna kepada seluruh ahli-ahli PIBG SK Bandar Raub.Bersempena dengan mesyuarat kali ini YH Dato' telah sudi memberikan sejumlah sumbangan yang amat bermakna bagi kami.Dengan sumbangan ini PIBG yakin dan percaya bahawa lebih banyak lagi aktiviti menjurus kepada kecemerlangan murid dapat dilaksanakan.Jutaan terima kasih semoga YH Dato' diberikan ganjaran yang terbaik oleh-Nya.
 Sesi pendaftaran seawal jam 0830 pagi.
 Kelihatan para ibu memenuhi kaunter pendaftaran
 YDP mempengerusikan mesyuarat agung kali ke-87
 Gimik pelancaran Tabung Kilat PIBG
 Guru Besar menyampaikan cenderahati kepada YH Dato' Azinudin Abd Rahim,
Pengarah Urusan Raub Australian Gold Mining
 Sesi soal jawab & cadangan berlangsung dengan tertib
 YH Dato' menyampaikan sumbangan PIBG kepada 
murid cemerlang UPSR 2012 seramai 18 orang.Syabas.
 'Gudi Beg' PIBG SKBR,merah tanda ceria,semangat waja nan membara
sesiapa yang mahu boleh dapatkan dengan menghubungi PIBG SK Bandar Raub
 pada harga membeli sambil beramal RM5
 Terima kasih YH Dato' atas kesudian hadir menyempurnakan 
perasmian Mesyuarat Agung PIBG SKBR

GALERI SKBR

09 Mac 2013-Kerja-kerja pengubahsuaian galeri SKBR dibawah unit Pusat Sumber Sekolah sedang giat dilaksanakan sebaik sahaja mendapat peruntukan daripada PIBG.Anggaran kasar untuk projek pengubahsuaian fasa pertama ini adalah berjumlah RM2000.00.Insyalah menurut kata Guru Pusat Sumber Sekolah,Cikgu Ishak fasa pertama pengubahsuaian ini akan siap sepenuhnya pada penghujung bulan April 2013.Kita PIBG yakin dengan sepenuhnya bahawa pengwujudan galeri ini amat bermanafaat sebagai pusat sejarah SKBR dan pastilah ianya akan menjadi pusat rujukan kepada entiti luar.Teruskan usaha kalian.

Friday 8 March 2013

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN ONE-OFF

 

15 Januari 2013-Berlangsung satu majlis yang amat bermakna kepada ibubapa murid SKBR apabila Ahli Parlimen Raub,YB Dato' Seri Dr Ng Yen Yen sudi bersama-sama menyerikan majlis penyerahan bantuan one-off RM100 yang diperuntukkan khusus kepada semua murid seluruh negara.Dalam ucap utamanya YB Dato' Seri turut mengistiharkan sejumlah peruntukan kewangan kepada PIBG SK Bandar Raub sebagai komitmen padu beliau terhadap pendidikan peringkat rendah.Kami PIBG dengan diri merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada YB Dato' Seri.

LATIHAN BOLA SEPAK




08 Mac 2013-Petang Jumaat jam 4.00 pm,buat kesekian kalinya pasukan bola sepak SKBR diketuai Ustaz Sahadan & Cikgu Shahrul menjalani latihan intensif.Pelbagai teknik dan seni permainan didedahkan demi memastikan pasukan bola sepak menjadi yang terbaik.Bukan sekadar diperingkat daerah tetapi diperingkat negeri,negara dan antarabangsa hendaknya.Guru Penolong Kanan,Cikgu Rozman turut turun padang membakar semangat berlatih pasukan sekolah.Syabas cikgu....

GURU SKBR BOLEH !!

 07 Mac 2013-Bukan setakat mengajar,membina bahan bantu mengajar,merekabentuk rancangan pengajaran & pembelajaran, tetapi lebih jauh guru-guru SKBR sangat komited dan berkebolehan. 'Willing' mereka untuk 'explore' sesuatu yang baharu seumpama mesin REZO sangat menginspirasikan.Fotostat itu biasa,ini REZO sebuah mesin untuk 'heavy duty',cepat dan pantas. Cikgu-cikgu perempuan tidak melepaskan peluang untuk 'expert' menggunakan mesin REZO.Mula- mula memang macam susah tapi lama-lama senang saja.Syabas cikgu-cikgu......

SKBR BERSISTEM

 
05 Januari 2013-Berusaha bersungguh-sungguh untuk melihat kemenjadian murid ke tahap yang terbaik melalui rekabentuk mekanisme yang praktikal untuk melatih murid mematuhi disiplin. Gambar menunjukkkan dua orang murid tahun 3 merekod nama mereka sebelum memasuki tandas. Juga kelihatan pengawas sekolah sedang mencatat apa yang diperkatan oleh guru semasa perhimpunan pagi. Dengan harapan agar setiap murid akan terkesan dengan disiplin yang diterapkan diperingkat sekolah dan dibawa keluar pula disiplin tersebut dalam kehidupan seharian mereka.Natijah akhir mudah-mudahan akan wujudlah generasi atau modal insan yang terbaik lulusan daripada SKBR.

Tuesday 5 March 2013

MAJLIS PELANTIKAN & WATIKAH PENGAWAS



21 Januari 2013-Majlis pelantikan & penyampaian watikah pengawas sekolah & pengawas pusat sumber telah diadakan di dewan SKBR tepat jam 0800 am.Dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah Raub dan diraikan oleh YDP PIBG mencatat sejarah tersendiri kerana julung-julung kalinya KPD Raub bertandang ke SKBR.Seramai 30 orang pengawas sekolah dan 39 orang pengawas pusat sumber menerima watikah perlantikan disamping melaksanakan ikrar tanda sedia menunaikan amanah sebagai pengawas.Tahniah.

LAWATAN PENANDA ARAS NEW DEAL


05 Februari 2013-Satu lawatan penanda aras New Deal diketuai PK HEM,Cikgu Rozman disertai oleh setiausaha HEM & ketua guru disiplin telah diadakan di SK Raub Indah.Pemilihan SK Raub Indah adalah kerana sekolah tersebut baru sahaja mendapat anugerah New Deal pada tahun 2012. Dalam lawatan tersebut banyak input-input berguna dikongsi bersama oleh Guru Besar dan PK HEM
SK Raub Indah.Dapatan-dapatan lawatan akan didokumentasi dan dilaksanakan di peringkat SKBR.
Mudahan cemerlang.

MESYUARAT BADAN PENGAWAS


16 Februari 2013-Mesyuarat Badan Pengawas Sekolah kali-1 diadakan di Pusat Akses.Sekalipun mesyuarat diadakan pada hari Sabtu namun kehadiran seramai 25/30 orang pengawas dan 2 orang guru penasihat Badan Pengawas sekolah amat dihargai.Perbincangan berkisar mengenai perancangan tahunan Badan Pengawas,penyelarasan tugas dan perlantikan ketua kumpulan kecil.Syabas Badan Pengawas Sekolah.Harapan kita semoga tahap disiplin SKBR terus cemerlang.

MAKAN MALAM BERSAMA CIK TAN SEA



28 Februari 2013-PIBG meraikan persaraan Cik Tan Sea bersama-sama warga SKBR di Kelab Golf Jalan Cheroh,Raub.Majlis dianjurkan oleh Kelab Guru dan Kakitangan bertema merah,ringkas tapi amat bermakna buat semua khususnya Cik Tan Sea yang bertugas di unit Pendidikan Khas SKBR. Pastilah banyak sekali jasa-jasa beliau yang akan dikenang dalam lipatan sejarah Sekolah Kebangsaan Bandar Raub.Kami merakamkan ucapan jutaan terima kasih semoga kita akan sentiasa bertemu. 

Friday 1 March 2013

UNIT ICT PIBG SKBR


01 Mac 2013-Kerja-kerja akhir pembikinan DVD untuk jualan amal sempena mesyuarat agung PIBG kali ke-87 sedang giat dilaksanakan oleh Cikgu Azri dibantu oleh Ust Supian.DVD mengandungi foto-foto aktiviti sekitar tahun 2011 & 2012.Harga sekeping DVD hanyalah RM5.Istimewanya DVD ini adalah kerana ianya boleh dimainkan di pemain DVD manakala 'folder' yang mengandungi foto-foto terpilih boleh di'cuci 'di mana-mana kedai gambar ataupun disimpan sebagai koleksi peribadi.
Marilah kita semua membeli disamping menderma untuk kebaikan PIBG SKBR.Segala sumbangan yang dihulurkan kelak amat kami hargai.Semoga beroleh rahmat dan pahala yang besar disisi Allah Taala.