Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

SELAMAT DATANG KE PORTAL PIBG SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN SK BANDAR RAUB  *   SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR.SEMOGA CEMERLANG  *   PENCAPAIAN YANG LUAR BIASA ADALAH HASIL DARIPADA KESUNGGUHAN YANG LUAR BIASA   *   SEDERAP KEARAH SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI MENJELANG 2017   *   Kemaskini pada 27 Jan 2016   *   

Friday 23 August 2013

NEW DEAL 2012

Sejarah tercipta apabila SKBR dinobatkan dengan anugerah yang biasanya disebut sebagai New Deal atau Tawaran Baru Kepada Pengetua dan Guru Besar.Anugerah ini merupakan antara anugerah yang 'establish' dalam dunia pendidikan di negara kita.Selepas daripada ini SKBR bercita-cita pula untuk menggapai anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan.PIBG amat berbangga dengan kalian semua. Semoga terus Berjaya dan Berjaya.Syabas. 


SAMBUTAN HARI RAYA 2013 PERINGKAT SEKOLAH

 Persembahan murid-murid menghiburkan.
 Guru Besar, Pn Norhasimah (2 dari kanan) sempat bergambar
 bersama-sama guru yang bertugas mengagihkan makanan.
 Murid-murid berkumpul di dewan besar SKBR
 Guru-guru lelaki diketuai Cikgu Shahrul & ust Sahadan
menaja bihun sup untuk semua warga SKBR
 Murid-murid 'enjoy' bersama rakan bukan Islam.
 Murid-murid berbangsa India turut sama memeriahkan sambutan raya 2013
 Sesi mengagihkan makanan & kuih muih
Juadah sate amat menyelerakan.Best!
 Bersama murid tahun 6
Eh,orang Arab pun ikut beraya laa...

Thursday 22 August 2013

PRASEKOLAH BANDAR RAUB

Salah seorang murid Pra sedang bercerita.Best!
 Sedang membuat aktiviti kumpulan.
 Susasana dalam kelas PraKreatif
 Sudut gerai Si Cilik
Sudut alat muzik
 Sudut mini zoo
 Sudut tayangan
Sudut untuk berehat jika ada yang sakit

MAJLIS BACAAN YAA SIN

23 Ogos 2013-Hari ini majlis bacaan Yaa Sin diadakan di PraSekolah Kreatif & Wibawa.Seawal pagi murid-murid tahun 6 telah pun berkumpul bersama ustaz-ustaz untuk sama-sama membaca Yaa Sin dan memohon keselamatan serta dijauhi daripada mara bencana yang tidak diingini.Seperti mana biasa juga majlis bacaam Yaa Sin setiap pagi Jumaat merupakan aktiviti rutin murid tahun 6 yang diadakan bertujuan memohon doa agar kejayaan menjadi milik SKBR.Kami juga mendoakan agar kalian semua beroleh segala apa yang dipohon.Amin.

Tuesday 20 August 2013

KANGAROO MATH COMPETETION AWARD CEREMONY OGOS 2013

 Pertandingan KMC ini disertai oleh 10075 orang murid seluruh Malaysia dan adik Muhammad Isma Hafizzuddin merupakan salah seorang pemenang pingat Gangsa bagi kategori Benjamin.
 
Lebih kurang 970 pingat (emas,perak dan gangsa) dianugerahkan kepada pemenang seluruh negara. Kemenangan adik Tuan Muhd Isma sesungguhnya amat membanggakan warga SKBR.
 
  
Majlis penyampaian pingat-pingat di adakan di Hotel Seri Malaysia,Kuala Terengganu.Ramai penerima anugerah yang hadir.Kebanyakkannya daripada sekolah yang hebat-hebat seperti sekolah berasrama penuh.Pingat-pingat telah disampaikan oleh Prof.Madya Dr.Zabidin Salleh,pensyarah Jabatan Matematik Universiti Malaysia Terengganu.Kalungan ucapan terima kasih kepada Pengarah KMC Malaysia,En Mohd Suhaimi Ramly,tidak lupa juga kepada GB SKBR,Puan Norhasimah Mohamed yang menyediakan ruang dan peluang seluas-luasnya untuk menggapai anugerah ini.
Akhir sekali syabas kepada semua pemenang.
 
 For more information and registration visit www.kangaroomath.com.my