Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

SELAMAT DATANG KE PORTAL PIBG SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN SK BANDAR RAUB  *   SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR.SEMOGA CEMERLANG  *   PENCAPAIAN YANG LUAR BIASA ADALAH HASIL DARIPADA KESUNGGUHAN YANG LUAR BIASA   *   SEDERAP KEARAH SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI MENJELANG 2017   *   Kemaskini pada 27 Jan 2016   *   

Sunday 26 May 2013

JOM LAYAN PRASEKOLAH


Hebat penangan Prasekolah SKBR.Kecil-kecil cili padi,tangkas bergaya pantang menyerah kalah. Pasukan SKBR lelaki dan perempuan telah pun menjuarai pertandingan peringkat Zon Bandar sekaligus layak ke peringkat daerah.Pertandingan seterusnya berlangsung di SK Mahmud,namun adat pertandingan,pasukan kita tidak berjaya untuk mara ke peringkat negeri.Walau apa pun syabas kami ucapkan.

KENAIKAN PANGKAT CIKGU WAN

27 April 2013-Cikgu Wan Mokhtar,guru Bahasa Melayu yang berpengalaman dan mempunyai gaya yang tersendiri terpaksa 'dilepaskan' oleh SKBR justeru beliau mendapat kenaikan pangkat sebagai PK Kokurikulum di SK Gali,Raub.Beliau dikenali sebagai seorang yang mudah mesra,peramah dan aktif dalam bidang sukan khususnya bola sepak baik sebagai pemain atau pengadil sehingga peringkat negeri.Walau apa pun merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada cikgu sekaligus ucapan terima kasih di atas segala jasa bakti yang ditabur sekian lama di SKBR.Moga cikgu lebih cemerlang dalam setiap bidang yang diceburi.

Saturday 25 May 2013

LAWATAN BENCHMARKING KE SBT SK BUKIT DAMANSARA


13 Mei 2013-Rombongan PIBG dan murid-murid tahun 4,5 dan 6 diketuai oleh GPK HEM,Cikgu Rozman Bahari & YDP PIBG,Saudara Khairul Azman Mohd Noordin telah mengunjungi SBT SK Bukit Damansara sebagai satu usaha berkongsi maklumat secara efektif.Kalungan tahniah dan syabas kepada Kaunselor Sekolah,Pn Maziani Mat Zin yang menjadi tulang belakang kepada perancangan serta pelaksanaan program lawatan yang sangat berfaedah ini.Dalam kesempatan tersebut,Sdr YDP & ahli jawatankuasa PIBG SKBR mengambil peluang 'mengorek' resepi kejayaan PIBG SBT SKBD dalam membantu pihak sekolah menggapai kecemerlangan.Rakaman ucapan terima kasih kepada pihak sekolah SBT SKBD khususnya Puan Guru Besar yang sudi menerima kunjungan kami lantas menyantuni rombongan SKBR sebaik mungkin.Syabas.

Monday 20 May 2013

BILIK DISIPLIN DAN PENGAWAS 2013


Mac 2013-Tahniah & syabas kepada semua jawatankuasa Disiplin Dan Pengawas SK Bandar Raub yang telah berjaya mewujudkan sebuah bilik yang amat ceria dan selesa untuk pengurusan disiplin sekolah. PIBG amat yakin dengan keberadaan bilik tersebut sebagai pusat operasi disiplin akan menjadi pemangkin ampuh untuk memperkasakan disiplin murid SKBR.Moga terus cemerlang.

Thursday 9 May 2013

SYARIKAT MILO BERTANDANG KE SKBR

10 Mei 2013-Kira-kira jam 10.30 am,van MILO telah bertandang ke SK Bandar Raub dalam rangka tugas mereka melaksanakan tanggungjawab sosial disamping mempromosikan minuman milo.Wah,apa lagi seronoklah apabila semua berpeluang merasa MILO percuma yang sejuk dan  menyelerakan.Kepada syarikat penaja MILO kami ucapkan terima kasih daun keladi,lain kali datanglah lagi.