Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

SELAMAT DATANG KE PORTAL PIBG SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN SK BANDAR RAUB  *   SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR.SEMOGA CEMERLANG  *   PENCAPAIAN YANG LUAR BIASA ADALAH HASIL DARIPADA KESUNGGUHAN YANG LUAR BIASA   *   SEDERAP KEARAH SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI MENJELANG 2017   *   Kemaskini pada 27 Jan 2016   *   

Wednesday 22 October 2014

SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH 2014

 



   
 

15 Ogos 2014- Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri diadakan dengan meriah,ceria dan gembira. Semua warga SKBR menyambutnya bersama-sama wakil PIBG.Segala macam juadah termasuk kuih muih dibawa oleh murid dan guru.Guru Besar pula menaja 2 ekor kambing utk dipanggang dan digulai.Bagi yang tidak makan kambing,jangan khuatir kerana ada ayam masak merah yang menyelerakan.Pendek kata semua merasa dan berkongsi nikmat anugeraj Ilahi dengan penuh kesyukuran.Terima kasih warga SKBR.

ANUGERAH SEMPENA MAJLIS APC DAERAH RAUB


Guru Besar menerima 2 anugerah khas sempena majlis penganugerahan APC daerah Raub disampaikan oleh Timbalan PPD Raub.Anugerah yang diterima ialah :
  • Anugerah Sekolah New Deal 2013
  • Anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan 2013
Syabas dan tahniah kepada Guru Besar dan seluruh warga SKBR.

ZIARAH YDP PIBG

 YDP PIBG kelihatan lebih ceria dan sihat
 Baru-baru ini beliau dimasukkan ke wad Hospital Raub 
& Hospital di Kuantan
Kita sama-sama doakan agar YDP bertambah sihat
dan dapat menjalankan tugasan harian seperti biasa.

PDP DI LUAR BILIK DARJAH

 PDP bukan sahaja di dalam bilik darjah bahkan bila 
ada keperluan,murid-murid akan di bawa keluar bagi mengalami 
sendiri pengalaman mencari maklumat @ kesimpulan.
 Cikgu Maznah sedang mengajar mata pelajaran Sains
Guru sebagai fasilitator.Murid menggunakan seluruh pancaindera
bagi menyelesaikan masalah dan mendapatkan maklumat baru.

Saturday 6 September 2014

TAMAN HERBA-POKOK MARKISA


 22 Julai 2014-Kelihatan Abg Lan (tukang kebun) dibantu oleh pekerja swasta sekolah sedang membuat dinding menggunakan dawai BRC sebagai medium pokok Markisa memanjat & menjalar.Terima kasih pada Abg Lan yang juga membantu membina pargola sebagai 'rumah' Markisa.Insyallah kita akan sama menikmati jus buah Markisa yang terkenal mempunyai khasiat tidak lama lagi.Sedikit info Markisa:
Markisa atau juga dikenali sebagai buah susu, merupakan sejenis pokok yang menjalar bagi mendapatkan cahaya matahari. Buahnya yang rasa sedikit masam dan manis boleh dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan minuman.

Markisa adalah buah tropika semulajadi yang terdapat di Amerika. Terdapat dua jenis variasi komersial buah markisa iaitu Passiflora Edulis L yang merupakan buah berwarna ungu dan Passiflora Edulis F yang berwarna kuning. Terdapat kira-kira lebih daripada 400 spesies buah markisa, di mana sekurang-kurangnya 50 atau lebih daripadanya boleh dimakan.

http://laman-seri.blogspot.com/2010/10/khasiat-buah-markisa.html

MESYUARAT KECIL JAWATANKUASA KEBITARAAN & ETOS



17 Julai 2014-Satu mesyuarat kecil terdiri daripada 4 orang guru penyelaras kebitaraan dan etos bersama penyelaras Sekolah Kluster Kecemerlangan telah diadakan bagi membincangkan aktiviti berkaitan disamping menyelaras posisi sumber manusia di SKBR agar lebih efektif dan berdaya saing.Ini dilakukan selaras dengan kehendak dan hasrat pihak pentadbir sekolah yang menginginkan supaya semua tugasan berkaitan kebitaraan / etos boleh berjalan dengan lancar dan mengikut jadual.Alhamdulillah hasil mesyuarat telah dimurnikan secara bersama.Syabas.

PROGRAM PENGGUNAAN AKHBAR DALAM BILIK DARJAH



16 Julai 2014-Guru-guru praktikum,Cikgu Beh dan Cikgu Noraini mengambil inisiatif yang amat baik apabila mengetengahkan penggunaan akbar sebagai bahan bantu mengajar yang efektif.Kami sempat menjenguk seketika dan mendapati bahawa semua murid memberikan kerjasama terbaik serta kelihatan teruja untuk melaksanakan setiap arahan guru.Kita percaya bahawa inilah salah satu contoh pengajaran dan pembelajaran yang mampu membantu murid mencapai objektif pembelajaran yang diingini oleh guru.Syabas.

PAPAN TANDA SEKOLAH KLUSTER

Blok A hanya ada satu papan tanda sekolah
Lori membawa papan tanda SKK.
Sudah siap pasang....papan tanda SKK Blok A
Proses memasang papan tanda SKK di pintu utama
SK Bandar Raub 
 Sudah siap...18 Ogos 2014..cantik cuma agak terlindung
oleh pokok bunga Majlis Daerah Raub.

Sunday 17 August 2014

PERTANDINGAN MENULIS ESEI SEMPENA HARI GURU




Syabas dan tahniah kepada adik Amirah Dalilah bt Khairul Azman (YDP PIBG) dan adik Syakir Aiman yang mengharumkan nama SK Bandar Raub apabila memenangi hadiah Pertandingan menulis esei sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan.Adik Amirah Dalilah mendapat tempat ke-2 manakal adik Syakir Aiman tempat ke-5.Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan II,  YB. Dato' Seri Idris Bin Jusoh.

PELANCARAN HARI KEMERDEKAAN 2014

18 Ogos 2014-Majlis pelancaran disempurnakan oleh GPK 1.Pn Norhayati Awang.
Beliau juga membacakan perutusan Hari Kemerdekaan dengan penuh bersemangat.
Persembahan koir dalam Bahasa Inggeris oleh murid tahun 4K.
Majlis pelancaran diakhiri dengan nyanyian lagu-lagu patriotik.Pelbagai acara akan dilangsungkan sempena sambutan Bulan Kemerdekaan.Murid-murid yang berminat sila berhubung dengan penyelaras Sambutan Bulan Kemerdekaan,Pn Lydia atau guru kelas masing-masing untuk butiran lanjut.

Wednesday 25 June 2014

MAJLIS PENGIKTIRAFAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN FASA 8 KPM


26 Jun 2014-Syabas dan tahniah kepada seluruh warga SKBR khususnya Puan Guru Besar atas penganugerahan Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 8.Kami semua amat berbangga dengan anda semua. Kalungan ucapan tahniah dan syabas juga kepada semua murid-murid SKBR.Anda kini tahu di mana dan siapa anda yang sebenarnya.Kekalkanlah prestasi terbaik ini dan kami semua pasti akan sentiasa menyokong kalian.
 Guru Besar menerima cek terpampang di Harian Metro.Syabas

Thursday 19 June 2014

BOLA TAMPAR








April 2014-Pertandingan bola tampar peringkat negeri Pahang telah berlangsung di daerah Raub.Seramai 4 orang murid perempuan & 3 orang murid lelaki dari SK Bandar Raub telah mewakili daerah Raub dalam pertandingan tersebut.Nasib belum menyebelahi daerah Raub untuk mengungguli tempat teratas namun insyallah tahun depan kita akan mencuba lagi.  

SERONOKNYA SAINS

 PDP di luar bilik darjah.Melihat benda maujud menjelaskan 
pemahaman murid terhadap topik yang diajar.
 Murid pasti mampu menumpukan perhatian apabila bahan bantu mengajar 
guru jelas ditambah pula dengan penerangan guru yang kreatif.
 Guru yang baik adalah guru yang menyediakan satu set pembelajaran 
yang terancang serta dilaksanakan dengan penuh efektif
Kesungguhan,ketajaman pemerhatian serta limpahan ilmu pengetahuan 
akan membantu murid menguasai objektif pembelajaran.