Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

SELAMAT DATANG KE PORTAL PIBG SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN SK BANDAR RAUB  *   SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR.SEMOGA CEMERLANG  *   PENCAPAIAN YANG LUAR BIASA ADALAH HASIL DARIPADA KESUNGGUHAN YANG LUAR BIASA   *   SEDERAP KEARAH SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI MENJELANG 2017   *   Kemaskini pada 27 Jan 2016   *   

Wednesday 21 November 2012

UPSR 2012 GEMILANG

20 Nov 2012-Kepada-Nya jualah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran dan puji-pujian di atas segala kenikmatan dan kejayaan.Melengkapkan rekod kecemerlangan SKBR untuk tahun 2012 ialah apabila UPSR SKBR diumumkan seperti berikut:
  • Peratus kelulusan : 98.15 %
  • GPS                      : 1.47
  • 5A                         : 18 orang
  • 4A 1B                    : 6 orang
  • Ranking Daerah    : Tempat ke-2
  • Ranking Negeri     : 14/540 buah sekolah
Guru Besar merakamkan ucapan tahniah dan setinggi-tinggi perhargaan serta terima kasih kepada semua guru,staff SKBR dan PIBG yang sekian lama memberikan komitmen serta kerjasama yang padu.Dalam masa yang sama beliau amat mengharapkan agar kejayaan ini menjadi pemangkin untuk merintis kejayaan yang lebih hebat pada tahun yang akan datang.Syabas.

Saturday 10 November 2012

TOKOH MURID SKBR 2012

11 Nov 2012-Pada Hari Anugerah Kecemerlangan yang lalu jawatankuasa pemilihan tokoh murid telah sebulat suara mengistiharkan adik Nurmaisurah bt Mohd Bakhtiar sebagai Tokoh Murid SKBR 2012.Pemilihan adalah berdasarkan kebolehan dan sumbangan adik Nurmaisurah dalam bidang akademik, kokurikulum serta akhlak yang terpuji.Sesungguhnya adik Nurmaisurah disenangi oleh semua warga SKBR. Pastilah mereka semua akan merindui wajah tenang dan senyuman manis adik Nurmaisurah.Semoga adik Nurmaisurah yang bercita-cita untuk menjadi doktor pakar bedah akan terus mencipta kecemerlangan walau di mana berada.

MELAWAT SDR YDP PIBG DI TEMERLOH

10 Nov 2012-Mewakili AJK PIBG SKBR,Ustaz Supian & Cikgu Azri ke HOSHAS Temerloh bertanya khabar Saudara YDP yang sedang menjalani rawatan.Beliau dirawat di aras 9 wad bunga raya 2 katil 18 (berdekatan dengan wad diraja).Saudara YDP berkirim salam dengan semua warga SKBR dan memohon maaf kerana tidak dapat hadir dalam beberapa acara yang dianjurkan oleh sekolah.Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih dan syabas kerana PIBG mendapat anugerah website terbaik peringkat sekolah.Semoga kecemerlangan ini menjadi titik tolak kepada kejayaan yang lain.

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN

 
09 Nov 2012-Majlis gilang gemilang ini dirasmikan oleh Ikon Belia Negara,Saudara Lim Teck Hoe kira-kira jam 0850 am.Majlis ini sebagai mengiktiraf kecemerlangan murid-murid disamping berfungsi memotivasikan seluruh warga SKBR menggapai kecemerlangan yang terbilang.Pemilihan Saudara Lim sebagai perasmi dilihat amat tepat dan kena pada waktunya mememandangkan beliau boleh dijadikan inspirasi kepada murid-murid bahkan warga SKBR.Rakaman ucapan terima kasih kepada semua yang menjayakan HUPH khususnya para ibubapa yang sudi hadir,sementara itu Saudara YDP memohon maaf tidak dapat hadir sedang menjalani rawatan di HOSHAS Temerloh.Tahniah dan syabas kepada semua murid yang berjaya manakala yang belum berjaya semoga akan berusaha lebih gigih.Terima kasih.

Wednesday 7 November 2012

JAMUAN AKHIR TAHUN KKGP

 
 07 Nov 2012-Majlis jamuan akhir tahun KKGP berlangsung tepat jam 0830 am di dewan besar SKBR.Ukhwah & mahabbah dipertaut dan dipererat seumpama sebuah keluarga besar yang bahagia. Cikgu Zul selaku pengerusi KKGP merakamkan ucapan terima kasih kepada yang hadir memberikan kerjasama yang padu.Beliau mewakili barisan kepimpinan KKGP sesi 2011/2012 memohon maaf sekira terdapat kesilapan atau kekurangan.Dalam masa yang sama beliau mengharapkan agar kepimpinan yang baru nanti akan lebih proaktif dan lebih berjaya.Manakala Guru Besar merakamkan ucapan syabas & tahniah kepada kepimpinan KKGP sesi 2011/2012 yang dianggap amat berjaya dengan penganjuran pelbagai aktiviti. Guru Besar juga mengambil peluang untuk memberikan mutiara nasihat yang amat berguna kepada semua warga SKBR dimana nasihat-nasihat tersebut umpama nasihat seorang bonda kepada anakanda-anakandanya.Majlis ini dimeriahkan lagi dengan persembahan karaoke oleh beberapa orang guru diselang seli dengan penyampaian hadiah.Secara keseluruhannya majlis pada malam tersebut amat meriah.Syabas KKGP.

Tuesday 6 November 2012

FB PIBG MENCAPAI SASARAN 1000 FRIENDS

07 Nov 2012-Hampir-hampir mencapai sasaran,kurang 2 orang lagi,FB PIBG SKBR akan mencatat sejarah tersendiri memiliki 1000 orang 'friends'.Kebanyakan 'friends' PIBG terdiri daripada mantan murid SKBR,warga Raub baik agensi mahupun perseorangan dan sedikit mereka diluar kawasan Raub,lebih dari itu FB PIBG proaktif memanafaatkan laman jaringan sosial maya ini apabila turut menjadikan beberapa orang VVIP sebagai 'Friends' seperti YAB Perdana Menteri Malaysia,YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia,YB Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Malaysia dan YB Timbalan Menteri Pelajaran Tinggi Malaysia.FB PIBG masih terus berusaha untuk menjemput tokoh-tokoh kepimpinan negara yang lain menjadi 'friends' dengan harapan memperoleh manafaat maksima hasil jaringan sosial maya ini.Doakan kejayaan kami untuk melangkah lebih jauh.   

BINTANG KECIL 2012

07 Nov 2012-Pertandingan Bintang Kecil diadakan jam 11 am di dewan besar SKBR.Dengan hasrat dan matlamat untuk melatih murid berani tampil ke hadapan dan mengetengahkan bakat-bakat yang tersembunyi.Dalam majlis yang sama disampaikan juga hadiah-hadiah cabutan bertuah kepada murid-murid yang membeli air kotak KKGP (Kelab Kebajikan Guru dan Pekerja).Syabas dan tahniah.

JAMUAN AKHIR TAHUN (TAHUN 6/2012)

 
06 Nov 2012-Jamuan akhir tahun untuk tahun 6 bersama-sama dengan GB dan guru-guru yang mengajar tahun 6 diadakan di dewan besar SKBR jam 0100 pm.GB dan wakil guru tahun 6 Pn Roselawaty telah menyampaikan ucapan serta nasihat-nasihat yang amat menyentuh hati.Dalam majlis tersebut guru-guru yang mengajar murid tahun 6 menerima cenderahati sebagai tanda ingatan dan penghargaan.Akhir sekali menu nasi ayam pada hari tersebut amat menyelerakan.Terima kasih murid tahun 6 sesi 2012.

HARI KANTIN & KEUSAHAWANAN 2012

07 Nov 2012-Hari Kantin & Keusahawan berlangsung bermula jam 10 am sebaik sahaja tamat senamrobik dan sukaneka.Lima gerai iaitu:
  • Gerai mee & mee hon sup
  • Gerai buah-buahan
  • Gerai ayam goreng,hot chicken & nudget
  • Gerai minuman
  • Gerai keropok
Murid-murid kelihatan sungguh seronok membeli makanan mengikut selera masing-masing termasuk murid prasekolah sekaligus sebagai simulasi awal apabila mereka memasuki darjah 1 nanti.Jualan berakhir jam 11 am untuk memberi laluan pula kepada Pertandingan Bintang Kecil peringkat sekolah.

Monday 5 November 2012

TOKOH NILAM PERINGKAT NEGERI

06 November 2012-Adik Nur Maisara Amira bt Mohd Mazlan telah mengharumkan nama SKBR apabila dinobatkan sebagai 5 terbaik program NILAM peringkat negeri Pahang untuk tahun 2012. Sebelum dari itu Nur Maisara Amira telah pun mengungguli tempat ke-2 peringkat daerah Raub bersama Tn Isma Hafizuddin.Nampaknya hasil usaha anda telah membuahkan hasil dan ianya menjadi contoh teladan kepada murid-murid yang lain.Insyallah NILAM SKBR mampu pergi lebih jauh pada tahun hadapan kerana Nur Maisara dan Tuan Isma baru sahaja berumur 11 tahun.Syabas dan tahniah.

MAJALAH SEKOLAH EDISI 2012/2012

06 November 2012-Insyallah sejarah kegemilangan akan mencatatkan bahawa SKBR berjaya mengeluarkan majalahnya yang julung-julung kali dibina menggunakan program Adobe Illustrator versi CS5.Canggih dan terkini.Berkat nasihat dan pandangan Guru Besar serta kepimpinan Cikgu Ishak selaku pengerusi sidang redaksi yang sentiasa tenang ditambah pula kerjasama berpasukan sekalian sidang redaksi telah berjaya menyiapkan majalah setebal 124 muka surat.Insyalah 1Majalah 1Keluarga ini akan diedarkan dengan kadar yang segera setelah siap dicetak.Sekiranya menghadapi sebarang kemusykilan berkenaan majalah ini bolehlah berhubung dengan pihak sekolah ataupun Cikgu Ishak. 

KHATAM AL QURAN 2012

 
 
06 November 2012-Majlis Khatam Al Quran peringkat sekolah dianjurkan dengan gilang gemilang. Bahkan menurut wakil PPD Raub,Penyelia Cemerlang Ustaz Mat Zin Awang,semasa ucapan perasmiannya, beliau menyatakan bahawa pelaksanaan majlis khatam SKBR setaraf majlis khatam peringkat negeri. Ini merupakan satu penanda aras yang amat baik untuk kecemerlangan SKBR setelah hasil usaha para guru yang bekerja sebagai satu kumpulan mendapat pengiktirafan.Syukur dan syabas.Guru Besar pula amat berpuas hati dengan kelancaran majlis dan dalam masa yang sama beliau melahirkan hasrat agar inovasi dan kreativiti haruslah senantiasa dipupuk supaya setiap aktiviti mampu memberikan impak yang mencapai standard kecemerlangan.Kelihatan ibubapa murid yang khatam juga datang memeriahkan lagi majlis pada hari ini.Terima kasih kami ucapkan semoga kerjasama sebegini akan terus mekar.  

Monday 8 October 2012

PERTANDINGAN BIJAK PRA SEKOLAH

08 Oktober 2012-Pada minggu yang lepas dua orang wakil Pra Sekolah SKBR ke Pertandingan Bijak Pra Sekolah peringkat negeri Pahang yang berlangsung di Temerloh,Pahang.Pn Rosfaizah selaku guru pengiring berpuas hati dengan 'performance' wakil kita namun beliau berharap agar tahun hadapan kita akan lebih berjaya.Wakil peserta Bahasa Inggeris,adik Annur Adani Farahiyah bt Mazli mendapat tempat ke 30 daripada 66 orang peserta manakala wakil peserta Bahasa Melayu adik Danial Amirul b. Surudin mendapat tempat ke-38 daripada 66 orang peserta.Syabas. 

ENGLISH-IN-CAMP

08 Oktober 2012-SKBR menyertai program English in Camp state level pada 02-04 Oktober yang lalu di Kem Tengku Puan Pahang,Maran anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Pahang.Menurut Sir Nagesh yang menjadi guru pengiring,program sebegini amat bermanafaat kepada para murid dalam usaha memperkayakan perbendaharaan kata dan memperkukuhkan penggunaan Bahasa Inggeris secara intensif.Syabas pada semua.

Sunday 7 October 2012

PERTANDINGAN KUIZ HARI MALAYSIA

08 Oktober 2012-Anjuran Pusat Sumber Sekolah sempena dengan sambutan bulan kemerdekaan negara,seramai 6 orang murid telah berjaya memenangi pertandingan kuiz Hari Malaysia.Hadiah dan sijil telah disampaikan oleh GPK Kokurikulum,Pn Norhayati Awang.Syabas dan tahniah.

SUKAN JEMPUTAN DI SK MAHMUD

05 Oktober 2012-Bertempat di SK Mahmud,pasukan sekolah kita mendapat tempat ke-3 dalam acara 2x200 meter.Dilihat kepada kemampuan mereka seawal usia 10 tahun namun telah mampu  memberikan saingan sengit kepada lawan-lawan yang lebih senior,insyalah mereka akan menempa kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.Syabas.

Sunday 30 September 2012

BIJAK PRA SEKOLAH

01 Oktober 2012- Tiga orang murid PRA Sekolah berjaya mengharumkan nama SKBR apabila berjaya melakar kecemerlangan diperingkat daerah seterusnya 2 orang murid PRA iaitu Annur Adani Farahiyah bt Mazli dan Danial Amirul b Surudin telah terpilih mara ke peringkat kebangsaan mewakili negeri Pahang dalam pertandingan Bijak Pra Sekolah.Syabas dan semoga anda semua terus berjaya. 

PERTANDINGAN MENULIS SURAT 1MALAYSIA

 
01 Oktober 2012-Seramai 12 orang murid SKBR layak menerima sjil peringkat kebangsaan siri ke-2 dalam Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia anjuran bersama Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan,Kementerian Pelajaran Malaysia,Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia dan POS Malaysia.Secara keseluruhannya seramai 34 orang murid menyertai pertandingan ini. Menurut Guru Besar,pertandingan-pertandingan seumpama ini wajar diteruskan dan disemarakkan lagi pada masa-masa hadapan memandangkan ianya amat bermanafaat khususnya kepada pelajar dan pihak sekolah.Syabas kami ucapkan.

Friday 28 September 2012

KANOPI BARU PIBG

27 September 2012-PIBG bersetuju untuk membeli seunit kanopi 20'x 20' menggunakan peruntukan kewangan yang disumbangkan oleh YB Dato' Shahirudin yakni ADUN Dong.Pembelian kanopi ini dilihat amat tepat pada masanya dan praktikal memandangkan pihak sekolah di bawah pimpinan Cikgu Norhasimah amat aktif melaksanakan pelbagai aktiviti kokurikulum selaras dengan tuntutan pendidikan semasa.Sehingga bulan September sahaja sekurang-kurang 4 aktiviti besar yang memerlukan penggunaan kanopi.Pada harga semasa,sewa seunit kanopi ialah RM 80.00 sehari. Berdasarkan situasi inilah AJK PIBG hasil perbincangan dengan Guru Besar mengambil keputusan untuk membeli seunit kanopi yang berharga RM 1900.00.Semoga dengan adanya kanopi ini sedikit sebanyak akan melancarkan lagi aktiviti kokurikulum SKBR dan insyallah usaha-usaha melengkapkan keperluan SKBR akan diteruskan lagi pada masa-masa hadapan.

TEMASYA SUKAN PRA SEKOLAH

28 September 2012-Sukan Pra Sekolah penuh gemilang,meriah dan mencuit hati semua.Anak-anak seawal usia 4 tahun hingga 6 tahun bertanding sesama mereka dalam pelbagai acara.Dimeriahkan lagi dengan acara tarik upih ibu dan anak manakala ayah pula mengendung anak.Terima kasih pada semua yang menjayakan temasya ini khususnya AJK PIBG yang turut sama menyediakan kelengkapan yang berkaitan.

Thursday 27 September 2012

PERTANDINGAN MELUKIS BANK RAKYAT



27 September 2012-Bank Rakyat dalam siri promosi pembukaan akaun kepada para pelajar telah memilih SKBR untuk menjadi premis penganjuran pertandingan melukis.Disertai hampir 70 orang murid dan dibantu oleh 4 orang guru.Secara keseluruhannya pertandingan ini mendapat sambutan yang hangat Syabas.

PROGRAM CABARAN ACARA PADANG

27 September 2012-Kearah memperkasakan acara sukan SKBR untuk jangka masa yang panjang maka digagaskan CABAR atau dengan kata lain program cabaran acara padang.Program ini mengkhususkan kepada acara lontar peluru,lompat jauh dan lompat tinggi hasil cetusan idea Cikgu Zul secara amnya akan dilaksanakan seperti berikut:
  1.  Terbuka kepada semua murid tahun 3,4 dan 5.
  2. Acara boleh dilaksanakan pada bila-bila masa bergantung kepada perbincangan dengan guru yang bertanggungjawab.
  3. Rekod 3 terbaik bagi setiap acara ditulis pada 'white board' untuk dicabar oleh mana-mana pelajar.
 Insyalah program seperti ini amat praktikal dan menggalakkan pelajar untuk bersaing secara positif. Syabas cikgu....

Wednesday 19 September 2012

MAHRAJAN j-QAF PERINGKAT DAERAH

18 Sept 2012-SKBR sebagai tuan rumah berjaya mencatat kecemerlangan apabila diumumkan sebagai naib juara Pertandingan Kalam Jamai'e.Sebanyak 8 buah sekolah daerah Raub telah menyertai pertandingan dan ramai berpendapat bahawa saingan pada hari tersebut adalah sengit.Guru Besar amat berbangga dengan kejayaan tersebut namun beliau amat yakin suatu masa nanti berdasarkan semangat SKBR BOLEH insyalah gelaran johan akan menjadi milik SKBR pula.Syabas.

SAMBUTAN AIDILFITRI PERINGKAT SEKOLAH

14 Sept 2012-Sambutan Aidilfitri peringkat sekolah diadakan secara sederhana namun amat meriah. Jamuan seperti sate,nasi himpit,kuah kacang,nasi dagang ikan tongkol,rendang dan aiskrim menyelerakan.Majlis dimeriahkan dengan kehadiran ex-PK Kurikulum,Cikgu Anas Syukri yang kini bertugas sebagai Guru Besar di SK Kemasul.Majlis yang diuruskan oleh Jawatankuasa Hari Kebesaran Islam pimpinan Ust Sahadan wajar diberikan kredit.Syabas dan kami semua 'enjoy' pada hari tersebut.

Monday 27 August 2012

PENCAPAIAN GEMILANG PRA UPSR 2012

 
Semoga lebih berjaya dalam UPSR 2012.Tahniah dan syabas kepada semua.

Saturday 4 August 2012

SESI BERGAMBAR UNTUK MAJALAH

 Jurufoto-jurufoto yang memiliki kepakaran yang tersendiri.
Komited dan sangat fokus demi hasil yang sempurna.
30 Julai - 1 Ogos AJK Foto berusaha merakamkan 
semua foto yang berkaitan untuk majalah.
Guru Besar sempat bertanya khabar dengan AJK majalah sekolah
sambil ditemani oleh pengerusi majalah sekolah Cikgu Ishak.

TERIMA KASIH DAUN KELADI

04 Ogos 2012-Walaupun agak terlambat,PIBG merakamkan ucapan terim kasih dan penghargaan kepada 4 orang guru pelatih daripada IPG Kampus Kuala Lipis yang telah pun menamatkan praktikum mereka di SKBR.Semoga jasa bakti kalian akan diteruskan lagi dan selamat menyambung pelajaran.Insyalah berjumpa lagi.

Wednesday 1 August 2012

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PM


01 Ogos 2012-Daerah Raub mencatat sejarah apabila dikunjungi oleh YAB Dato' Seri Haji Mohd Najib Tun Ab Razak,Perdana Menteri Malaysia dalam kerangka & agenda beliau mendekati rakyat kebanyakan.Dalam hal ini PIBG SK Bandar Raub telah menghantar 5 orang wakil untuk sama-sama memeriahkan lagi majlis tersebut.Rakyat pelbagai kaum hadir dan teruja untuk melihat wajah PM secara dekat tambahan pula apabila PM mengumumkan beberapa peruntukan khusus untuk meningkatkan prasarana & kemudahan asas di daerah Raub.Terima kasih. 

Sunday 29 July 2012

PERTANDINGAN 3K PERINGKAT NEGERI

30 Julai 2012-SKBR menambah koleksi kecemerlangan apabila berjaya mendapat tempat ke-3 dalam Pertandingan 3K Peringkat Negeri Pahang.Segala usaha kalian warga SKBR amat dihargai.Dalam pada itu Guru Besar amat menaruh harapan dan keyakinan yang tinggi untuk menjadi johan pula pada tahun hadapan setelah meneliti kelebihan serta peluang penambahbaikan yang boleh dilakukan dalam masa yang terdekat.Syabas & tahniah.

Thursday 26 July 2012

SALAM RAMADHAN 1433H


MUTIARA RAMADHAN 1433H

21 Julai 2012-Bermula 1 Ramadhan,Jawatankuasa Hari Kebesaran Islam,Panitia Pendidikan Islam & J-Qaf dan PIBG SKBR telah menganjurkan pelbagai aktiviti sempena Ihya Ramdhan.Dengan tujuan dan matlamat untuk menghidupkan Ramadhan sekaligus mengubah pandangan yang mengatakan umat Islam lesu di bulan puasa.Tahniah dan syabas.

PRA SKBR JUARA PERINGKAT ZON

25 Julai 2012-PRA SKBR mencapai matlamat apabila dinobatkan sebagai juara peringkat zon seterusnya layak ke peringkat daerah dan mudah-mudahan akan terus maju ke peringkat yang lebih tinggi.Syabas dan tahniah kepada Cikgu Rosfaezah dan PPM Pn Mazlina serta seluruh warga PRA SKBR.Mengulas kejayaan tersebut,Guru Besar melahirkan rasa bangga dan bersyukur serta merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat membantu PRA SKBR.

Monday 23 July 2012

PERCUBAAN UPSR JULAI 2012

24 Julai 2012-Berlangsung peperiksaan percubaan UPSR untuk kali terakhir sebelum murid-murid menghadapi peperiksaan sebenar pada 11-13 September 2012.Harapan kami agar kalian dapat menjawab semua soalan peperiksaan dengan jayanya.Kejayaan anda kebanggaan kami.

AKTIVITI PUSAT SUMBER SEKOLAH




23 Julai 2012-Pusat Sumber Sekolah tidak pernah sunyi daripada aktiviti-aktiviti yang menyumbang kepada peningkatan akademik dan koakademik murid SKBR.Melihat kepada senarai aktivtiti Pusat Sumber Sekolah yang pelbagai,menarik dan berfaedah ditambah lagi dengan penganugerahan serta pengiktirafan kepada murid yang menunjukkan prestasi tertentu membuatkan PIBG merasa amat terhutang budi kepada barisan jawatankuasa PSS SKBR khususnya Cikgu Ishak. Semoga usaha-usaha sebegini diteruskan lagi dengan penambahbaikan yang sesuai.Syabas dan tahniah.