Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

SELAMAT DATANG KE PORTAL PIBG SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN SK BANDAR RAUB  *   SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR.SEMOGA CEMERLANG  *   PENCAPAIAN YANG LUAR BIASA ADALAH HASIL DARIPADA KESUNGGUHAN YANG LUAR BIASA   *   SEDERAP KEARAH SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI MENJELANG 2017   *   Kemaskini pada 27 Jan 2016   *   

Monday 16 September 2013

KENDURI PERDANA 2013

-Insyallah lembu ini akan dipilih untuk Kenduri Perdana-

                       -Ustaz Sahadan semasa meninjau lembu untuk Kenduri Perdana-

16 September 2013-Menggalas tanggungjawab menyempurnakan majlis Kenduri Perdana,PIBG dibantu guru-guru sedang rancak menyediakan peralatan dan kelengkapan berkaitan bagi memastikan keberjayaan majlis tersebut yang dijangka akan diadakan pada awal Oktober.Menurut Guru Besar,Pn Norhasimah Mohamed,kenduri ini diadakan sebagai tanda bersyukur di atas kejayaan SK Bandar menggungguli beberapa anugerah berprestij khususnya bagi tahun 2012 dan 2013.Kejayaan yang paling manis ialah apabila diiktiraf sebagai Sekolah New Deal serta menerima anugerah Menteri Besar Negeri Pahang.Kenduri ini juga sebagai tanda ucapan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua warga SKBR yang telah bertungkus lumus,berganding bahu sehati sejiwa mengharumkan nama sekolah.Justeru semua ibu bapa / penjaga dijangka akan dijemput bagi menjayakan majlis ini.Kita jumpa di sana insyallah. 

Tuesday 10 September 2013

10 SEPTEMBER UPSR 2013

 Guru Besar & GPK HEM sedang memberikan kata peransang
kepada semua calon UPSR.
 Calon UPSR sedang mengaminkan doa
 Semoga berjaya dan berjaya
Mudahan Allah memakbulkan doa kita semua.Amin.


Saturday 7 September 2013

GOTONG ROYONG TAMAN HERBA

07 September 2013-Saudara YDP PIBG sempat bertanya khabar
dengan kaum ibu yang sedang menyemai anak benih herba
Kaum ibu & guru saling bekerjasama mengisi tanah semaian ke dalam pollybag.
 
Seawal jam 0800 am Guru Besar dah pun bersedia untuk bergotong royong.
Wah bersemangat sungguh GB.Dalam pada itu beliau mengambil peluang merakam
kenangan bersama kaum ibu dan pokok Pecah Kaca yang amat berkhasiat untuk
penyakit kencing manis. 
 
Cikgu Azizi menuang tanah sambil diperhatikan oleh Sdr Syahir

Thursday 5 September 2013

JOHAN PERBARISAN HARI KEMERDEKAAN 2013




01 September 2013-Syabas kepada pasukan perbarisan Hari Kemerdekaan SKBR yang telah berjaya mengungguli perbarisan kategori sekolah rendah dan menengah daerah Raub.Kejayaan yang patut dibanggakan justeru kerjasama padu dan utuh daripada semua warga SKBR.Syabas juga pastinya kepada PK KOKO,Datin Ho dan GB,Pn Norhasimah Mohamed.Anda semua memang hebat. 

Wednesday 4 September 2013

SUASANA KEMERDEKAAN DI SKBR



05 September 2013-Masih lagi dalam mood kemerdekaan.Setiap sudut SKBR dihiasi dengan tema kemerdekaan.Jelas terserlah dan terasa kemeriahannya.Murid-murid juga didedahkan dengan info-info kemerdekaan seperti tokoh-tokoh yang merintis proses kemerdekaan Negara yang tercinta. Syabas kepada cikgu-cikgu yang telah pun berusaha menyediakan prop-prop yang menarik.

MAJLIS RESTU ILMU UPSR 2013

 Murid tahun 6 berkumpul seawal jam 0725 am 05 September 2013
 Guru Besar,Pn Norhasimah Mohamed bersalam-salaman serta 
memberikan kata-kata peransang kepada calon UPSR.
 Para guru juga turut serta bersalam-salaman dengan calon UPSR.
Sesi bergambar beramai-ramai sebelum tarikh peperiksaan UPSR 2013