Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

SELAMAT DATANG KE PORTAL PIBG SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN SK BANDAR RAUB  *   SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR.SEMOGA CEMERLANG  *   PENCAPAIAN YANG LUAR BIASA ADALAH HASIL DARIPADA KESUNGGUHAN YANG LUAR BIASA   *   SEDERAP KEARAH SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI MENJELANG 2017   *   Kemaskini pada 27 Jan 2016   *   

Saturday 6 September 2014

TAMAN HERBA-POKOK MARKISA


 22 Julai 2014-Kelihatan Abg Lan (tukang kebun) dibantu oleh pekerja swasta sekolah sedang membuat dinding menggunakan dawai BRC sebagai medium pokok Markisa memanjat & menjalar.Terima kasih pada Abg Lan yang juga membantu membina pargola sebagai 'rumah' Markisa.Insyallah kita akan sama menikmati jus buah Markisa yang terkenal mempunyai khasiat tidak lama lagi.Sedikit info Markisa:
Markisa atau juga dikenali sebagai buah susu, merupakan sejenis pokok yang menjalar bagi mendapatkan cahaya matahari. Buahnya yang rasa sedikit masam dan manis boleh dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan minuman.

Markisa adalah buah tropika semulajadi yang terdapat di Amerika. Terdapat dua jenis variasi komersial buah markisa iaitu Passiflora Edulis L yang merupakan buah berwarna ungu dan Passiflora Edulis F yang berwarna kuning. Terdapat kira-kira lebih daripada 400 spesies buah markisa, di mana sekurang-kurangnya 50 atau lebih daripadanya boleh dimakan.

http://laman-seri.blogspot.com/2010/10/khasiat-buah-markisa.html

0 comments: