31 Julai 2013-Guru PSS,Cikgu Ishak telah pun menyusun atur jadual resensi buku sebagai inisiatif menggalakkan guru-guru SKBR untuk mengambil bahagian secara aktif dalam pembudayaan membaca.Ini sekaligus menjadi contoh teladan yang baik kepada murid.Resensi diadakan setiap hari Khamis semasa KIK dijalankan.PIBG melihat ia sangat baik dan wajar dikekalkan program ini menjadi 'trade mark' SKBR.
Tuesday, 30 July 2013
Tuesday, 23 July 2013
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT DAERAH RAUB 2013
04 Julai 2013-Bersempena dengan Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Raub bagi tahun ini,SK Bandar Raub telah menempa sejarah buat kesekian kalinya apabila dinobatkan untuk menerima :
- Anugerah SKPM 2012 Meningkat Band 2 ke Band 1
- Anugerah Sekolah Cemerlang Kategori Akademik Tahun 2012 UPSR SK 2012 (Pencapaian GPS/PNGK 1.47)
- Anugerah Sekolah Cemerlang Kategori Pengurusan Sekolah Pemulihan Khas Tahun 2012
Anugerah-anugerah ini amat membanggakan PIBG dan sekalian warga SKBR.Syabas dan tahniah khususnya kepada Guru Besar,Pn Norhasimah dan warga SKBR.Harapan kami agar dengan pengiktirafan ini akan menaikkan semangat warga SKBR untuk terus menggapai kecemerlangan demi kecemerlangan pada masa hadapan.Insyallah.
MAJLIS KECEMERLANGAN PENDIDIKAN NEGERI PAHANG 2013
09 Julai 2013-SK Bandar Raub menempa sejarah apabila menerima anugerah Hadiah Sekolah Cemerlang UPSR 2012 Kategori Sekolah Bandar.Anugerah ini disampaikan oleh YAB Menteri Besar Pahang,Dato' Seri Hj Adnan bin Haji Yaakob.PIBG dan seluruh AJK merakamkan ucapan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas dengan iringan doa agar kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada kejayaan lain sebagaimana yang telah direncanakan.
Monday, 22 July 2013
TANAH SEMAIAN POKOK HERBA
23 Julai 2013-Kerjasama semua memungkinkan keberkesanan hasil yang lumayan.Para guru ikut membantu pekerja am sekolah mendapatkan tanah yang sesuai untuk semaian pokok herba.Nisbah yang ideal untuk tanah semaian ialah:
Berikut langkah menyediakan medium semaian
- Sediakan bahan untuk membuat campuran medium semaian.
- Dengan menggunakan baldi kecil, sukat bahan mengikut nisbah : 2 bahagian tanah atas, 1 bahagian bahan organik dan 1 bahagian pasir / 3 bahagian tanah atas, 2 bahagian bahan organik dan 1 bahagian pasir
- Longgokkan bahan di tempat kerja.
- Gaulkan bahan tersebut sehingga rata.
- Masukkan ke dalam bekas semaian dan ratakan permukaan medium.
PERCUBAAN UPSR 2013
22 Julai 2013- Hari ini bermula peperiksaan percubaan UPSR untuk kesekian kalinya.Murid-murid tahun 6 telah diberikan tips-tips terkini melalui bengkel-bengkel UPSR yang diadakan baru-baru ini.Para guru juga tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat agar semua calon UPSR dapat menjawab semua soalan dengan jaya.PIBG merngucapkan -SELAMAT MENJAWAB PEPERIKSAAN PERCUBAAN-
BAHAN-BAHAN UNTUK SEMAIAN POKOK HERBA
19 Julai 2013-Jawatankuasa telah memesan 2 ela pasir untuk medium semaian pokok herba manakala batu bata untuk dijadikan sebagai acuan meletakkan pokok-pokok herba.Jawatankuasa telah pun menghubungi JKR bagi memohon tanah yang sesuai untuk semaian.Dalam kesempatan ini kami merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak JKR,kilang Kelapa Sawit Bukit Koman dan Jabatan Hutan Daerah Raub yang banyak memberikan bantuan kepada jawatankuasa Taman Herba.Insyallah minggu depan,pokok-pokok herba akan dialihkan ke dalam pasu atau pollybag yang lebih besar.
Wednesday, 17 July 2013
BENGKEL MENJAWAB SOALAN MATEMATIK UPSR
18 Julai 2013-Satu bengkel khas yang membincangkan kaedah dan teknik-teknik menjawab soalan diadakan di dewan SKBR yang dihadiri oleh murid-murid tahun 6 SKBR dan SK Raub Indah berjumlah 65 orang.Ceramah disampaikan oleh guru mahir,Cikgu Mahadi Azmi bin Mamat dari SK Tanjung Putus.Menurut Mohd Faiz,salah seorang peserta yang juga murid SKBR,bengkel ini amat menarik,memberikan input-input yang berguna serta amat membantu beliau untuk menghadapi subjek Matematik dalam UPSR nanti.Terima kasih kepada semua yang terlibat.Jazakallahu khairan kathiira.
MESYUARAT MINI TAMAN HERBA SKBR
18 Julai 2013-Satu mesyuarat mini kalangan ajk Taman Herba SKBR diadakan bagi menjana idea baru memekarkan projek Taman Herba yang mula menunjukkan progres yang positif.Semalam dengan bantuan JKR Daerah Raub,jawatankuasa telah mengunjungi Kilang Kelapa Sawit Bukit Koman bagi mendapatkan sumbangan tanah baja (hampas sawit).Pihak kilang amat bermurah hati apabila bersedia menyumbang 2 atau 3 lori tanah baja sekiranya diperlukan.Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak kilang termasuk JKR Daerah Raub yang menyediakan sebuah lori & sebuah jengkaut.
Dapatan mini mesyuarat ini akan dibawa kepengetahuan Pengerusi Taman Herba & GB untuk dimurnikan lagi agar keputusan yang diambil memenuhi piawaian Taman Herba.Beberapa contoh landskap taman herba yang dipetik daripada internet dijadikan contoh bagi pembinaan Taman Herba SKBR.Kerjasama semua ajk amat dihargai.Terima kasih.
Tuesday, 16 July 2013
MURID TAHUN 6 BERSAMA ZOOM-A
15 Julai 2013-Program zoom-a merupakan satu program khusus yang ditaja oleh PIBG demi menyokong pengajaran dan pembelajaran murid sebagai persediaan untuk menghadapi UPSR tahun 2013.Program ini diselia oleh En Mohd Azri b. Mat Jusoh selaku Guru Penyelaras Kelab Komputer PIBG dibantu oleh beberapa orang guru lain.Guru Besar amat mengambil berat akan program ini di mana beliau sendiri turut turun padang bagi memastikan ianya berjalan lancar.PIBG melihat murid-murid tahun 6 cukup berminat dengan program zoom-a yang mesra pengguna dan memudahkan sesi ulangkaji pelajaran.Bagi ibubapa yang berminat bolehlah melanggan zoom-a sendiri dirumah dengan menghubungi En Azri atau En Ishak.Semoga berjaya.
Thursday, 11 July 2013
MERCUN OH MERCUN
12 Julai 2013-Setiap kali tiba Ramadhan pasti kita akan dengar atau tengok di kaca televisyen mahupun media cetak akan berita-berita kemalangan akibat mercun.Sekalipun berita-berita sebegini saban tahun dipaparkan,namun orang kita tidak pernah serik.Tidak pernah mahu menjadikannya sebagai suatu pengajaran.Justeru bersempena dengan bulan yang penuh berkat ini,PIBG menyeru sekalian ahli PIBG dan murid-murid agar berhati-hati dengan mercun.Janganlah libatkan diri ke lembah kehancuran dan kerugian.Kembalilah kita kepada ajaran agama yang melarang kita melakukan apa sahaja perbuatan yang merugikan.Semoga kehadiran Ramadhan kali ini membawa erti yang lebih bermakna.Salam Ramadhan.
RAMADHAN BULAN AL QURAN
12 Julai 2013-Bersempena dengan bulan yang amat mulia ini,PIBG menyeru agar semua daripada kita rajin-rajinlah membaca Al Quran justeru kelebihanya yang sangat hebat:
1) Sebaik-baik manusia ialah yang belajar dan mengajar Al-Quran.
2) Ahli Al-Quran adalah insan yang harus diperlumbai amalannya kerena tiada amalan yang lebih mulia dari membaca Al-Quran.
3) Yang mahir dengan Al-Quran akan bersama dengan para malaikat yang termulia dan para-para nabi ‘alaihimussalaam.
4) Pembaca Al-Quran diibaratkan seperti limau yang manis yang mempunyai bau dan rasa yang enak iaitu disukai ramai.
5) Darjat dan tingkatan syurga untuk ahli Al-Quran ialah sebanyak mana ayat yang dibaca sewaktu di dunia.
6) Pembaca Al-Quran yang terbaik ialah bacaannya menandakan yang ianya takutkan Allah.
7) Pendamping Al-Quran akan dipakaikan mahkota dan pakaian kemulian dan akan mendapat keredoan dari Allah Ta’ala.
Sebanyak mana seseorang itu menghafal Al-Quran sebanyak itulah ia telah menerima wahyu cuma bezanya ianya bukan nabi.
9) Hafiz Al-Quran dapat memberi syafa’at untuk masuk syurga kepada 10 orang dari ahli keluarganya yang telah wajib masuk neraka.
10) Barangsiapa yang beramal dengan Al-Quran maka akan terselamat dari kesesatan di dunia dan kesusahan di akhirat.
11) Pendengar kepada bacaan Al-Quran ialah orang yang paling cepat mendapat rahmat dari Allah.
12) Pembacanya tidak digolongkan dalam kalangan orang-orang yang lalai.
13) Pembaca yang bertajwid sempurna dapat 70 pahala bagi setiap huruf (70x340 740= 23 851 800) berbanding yang baca secara biasa.
14) Pembaca yang ikut hukum tajwid dapat pahala syahid.
15) Allah berbual dengan pembaca Al-Quran.
16) Manusia yang paling dicintai Allah ialah mereka yang paling pandai dalam ilmu Al-Quran.
17) Pembaca yang tahu makna Al-Quran adalah lebih mulia dari yang tidak memahami kandungannya.
18) Pendamping Al-Quran akan menjadi orang yang cerdik lagi pintar.
1) Sebaik-baik manusia ialah yang belajar dan mengajar Al-Quran.
2) Ahli Al-Quran adalah insan yang harus diperlumbai amalannya kerena tiada amalan yang lebih mulia dari membaca Al-Quran.
3) Yang mahir dengan Al-Quran akan bersama dengan para malaikat yang termulia dan para-para nabi ‘alaihimussalaam.
4) Pembaca Al-Quran diibaratkan seperti limau yang manis yang mempunyai bau dan rasa yang enak iaitu disukai ramai.
5) Darjat dan tingkatan syurga untuk ahli Al-Quran ialah sebanyak mana ayat yang dibaca sewaktu di dunia.
6) Pembaca Al-Quran yang terbaik ialah bacaannya menandakan yang ianya takutkan Allah.
7) Pendamping Al-Quran akan dipakaikan mahkota dan pakaian kemulian dan akan mendapat keredoan dari Allah Ta’ala.
Sebanyak mana seseorang itu menghafal Al-Quran sebanyak itulah ia telah menerima wahyu cuma bezanya ianya bukan nabi.
9) Hafiz Al-Quran dapat memberi syafa’at untuk masuk syurga kepada 10 orang dari ahli keluarganya yang telah wajib masuk neraka.
10) Barangsiapa yang beramal dengan Al-Quran maka akan terselamat dari kesesatan di dunia dan kesusahan di akhirat.
11) Pendengar kepada bacaan Al-Quran ialah orang yang paling cepat mendapat rahmat dari Allah.
12) Pembacanya tidak digolongkan dalam kalangan orang-orang yang lalai.
13) Pembaca yang bertajwid sempurna dapat 70 pahala bagi setiap huruf (70x340 740= 23 851 800) berbanding yang baca secara biasa.
14) Pembaca yang ikut hukum tajwid dapat pahala syahid.
15) Allah berbual dengan pembaca Al-Quran.
16) Manusia yang paling dicintai Allah ialah mereka yang paling pandai dalam ilmu Al-Quran.
17) Pembaca yang tahu makna Al-Quran adalah lebih mulia dari yang tidak memahami kandungannya.
18) Pendamping Al-Quran akan menjadi orang yang cerdik lagi pintar.
SELAMAT BERPISAH KAK KINAH - GPK KOKURIKULUM
11 Julai 2013-Puan Sakinah Saad menamatkan tugasan di SK Bandar Raub sebagai GPK Kokurikulum dan berpindah ke SK Sri Layang Genting Highland sebagai GPK HEM.Beliau dikenali oleh warga SK Bandar Raub sebagai seorang yang amat peramah,petah bercerita dan luas pula pengetahuannya. Bukan sedikitlah jasa Puan Sakinah semasa di SKBR sekalipun beliau hanya seketika menabur bakti.Kami doakan agar Puan Sakinah akan terus cemerlang dalam semua bidang yang diceburi.Amin.
TAKLIMAT OLEH PEGAWAI ZAKAT RAUB
11 Julai 2013-Semua warga SKBR menghadiri taklimat zakat oleh Pegawai Zakat Daerah Raub yang diadakan di Bilik Gerakan SKBR jam 200 pm.Guru Besar mengalu-alukan kehadiran Pegawai Zakat berserta rombongannya dan mengharapkan agar sesi bersama Pegawai Zakat dimanafaatkan sepenuhnya oleh semua warga SKBR.Dalam sesi taklimat tersebut,Pegawai Zakat telah menerangkan secara 'detail' hal-hal berkaitan zakat khususnya zakat gaji dan zakat barang kemas.Beberapa 'pamplet' dan borang potongan zakat turut diedarkan.Warga SKBR merasa berbesar hati dan berterima kasih kepada pihak Pegawai Zakat Daerah Raub yang telah memberikan penerangan dan kerjasama yang amat baik sekaligus menyempurkan lagi amalan berzakat.Terima kasih.
Wednesday, 10 July 2013
PROJEK TAMAN HERBA PIBG SK BANDAR
-Tapak Taman Herba SKBR-
10 Julai 2013-Hasil perbincangan dengan Guru Besar dan persetujuan semua jawatankuasa PIBG, maka digagaskan satu projek yang mega untuk tahun ini iaitu mewujudkan Taman Herba yang akan menjadi salah satu etos bagi SK Bandar Raub.Matlamat dan objektif projek ini adalah sebagai bahan sokongan kepada proses pembelajaran di luar bilik darjah.Disamping itu projek ini diharap akan membantu menyuntik kesedaran kepada pelajar berkenaan khazanah alam yang sangat berharga yang perlu dipertahankan,dengan harapan murid-murid akan mampu mengambil manafaat optima setelah menguasai maklumat berkaitan herba.
Projek ini dibahagikan kepada 3 fasa yakni:
1-Fasa mengumpul maklumat,mereka bentuk taman dan anak-anak pokok herba.2-Menaik taraf kolam ikan sebagai sebahagian tatarias taman herba.
3.Membina landskap & susun atur pokok herba.
PIBG amat mengharapkan sokongan padu daripada semua pihak baik NGO mahupun perseorangan bagi merealisasikan projek herba ini.Setiap sumbangan ataupun pertanyaan,boleh menghubungi terus pihak sekolah ditalian 09-3551585.Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah meyumbang pokok-pokok herba khususnya Jabatan Hutan Daerah Raub & ahli PIBG.
TADARUS AL QURAN SEMPENA RAMADHAN
10 Julai 2013-Bersempena Ramadhan al mubarak,Panitia Pendidikan Islam & jQAF sekali lagi diberi tanggungjawab mengelolakan aktivit tadarus Al Quran untuk murid dan kalangan guru.PIBG amat berterima kasih kepada Panitia P.I & jQAF khususnya Puan Guru Besar yang begitu prihatin dengan program-program kerohanian yang menjurus kepada pemantapan sahsiah murid.PIBG dimaklumkan bahawa program ini akan berlangsung sepanjang Ramadhan disamping banyak lagi aktiviti lain bagi mengisi Ramadhan al Mubarak.
Monday, 8 July 2013
PELANCARAN IHYA RAMADHAN 2013
08 Julai 2013-Majlis pelancaran Ihya Ramadhan diadakan secara sederhana namun masih meriah oleh Puan Guru Besar SK Bandar Raub,Puan Norhasimah Mohamed.Program Ihya Ramadhan dikelolakan oleh Panitia Pendidikan Islam & jQAF SK Bandar Raub dengan kerjasama PIBG SK Bandar Raub.Dalam ucapan guru besar,beliau melahirkan hasrat agar segala perancangan program Ihya ini menitikberatkan aspek pelaksanaan supaya ianya berjalan dengan lancar dan menepati objektif program.Sebaik sahaja tamat ucapan Puan Guru Besar memotong riben banting Ihya Ramadhan sebagai gimik pelancaran serta memulakan sumbangan Tabung Cakna Ramadhan 2013. Tahniah & syabas pada semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)