01 Oktober 2013-Tarikh keramat apabila program 'Grand Finale' yang kami namakan Kenduri Kesyukuran Perdana berjaya direalisasikan hasil kerja sungguh-sungguh semua pihak.Amat benarlah kata hukamak bahawa 'sepakat membawa berkat'.Semua sepakat turun padang.Bekerja dengan penuh komited,saling bantu membantu bak kata orang tua-tua yang ringan sama dijinjing yang berat sama dipikul.Bermula jam 6.30 am aktiviti gotong royong dimulakan sehinggalah selesai jam 3.00 pm.Pastilah ucapan syukur kepada Allah atas keizinan-Nya dan terima kasih pada semua. Syabas.
Aktiviti memotong daging.Ramai ibu bapa hadir.
Tetamu mulai tiba.Guru Besar dibantu YDP PIBG
mengetuai protokol menyambut tetamu yang hadir.
Murid-murid menikmati jamuan.Gulai daging lembu yang lembut,ayam masak merah,ikan masin goreng,ulam-ulaman bersama sambal belacan.Aduhai sangat menyelerakan.