03 November 2013-Merupakan tarikh keramat,bersejarah dan gilang gemilang kerana SKBR didokong oleh PIBG berjaya mengadakan lawatan penandaarasan ke Hatyai,Thailand.Melawat dua buah sekolah yakni Banbangfab School dan Daycare Nursery Development Centre.Sudah barang tentu lawatan ini membuahkan hasil yang amat lumayan,yang kalau mahu disenaraikan disini pasti akan lenguhlah segala jari jemari.Semasa lawatan berlangsung,jurukamera tidak henti-henti memetik picu merakamkan sudut-sudut yang menarik dan berguna untuk diinovasikan di SKBR.Sesi taklimat dan soal jawab berjalan lancar dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.Kebetulan wakil Pegawai Pelajaran boleh berbahasa Indonesia dengan baik.Layanan & kemesraan mereka terbaik.
Dalam pada itu kami mengira bahawa sambutan ketibaan kami bertaraf VIP apabila Menteri Pelancongan Hadtyai sendiri diwakili timbalannya menyambut kedatangan kami termasuk Pegawai Pendidikan Hatyai dan Guru Besar sekolah berkenaan bahkan pihak Polis Thailand ikut serta.Sebuah bas yang diubah suai sebagai tandas juga disediakan untuk keselesaan kami.Fuh..PIBG SKBR merasa amat bertuah dan bersyukur.Mungkin inilah yang dikatakan kurniaan Tuhan kepada mereka yang bersungguh-sungguh bekerja tanpa mengira sesiapa sahaja.
Cubalah kita lihat sekeliling dan bacalah biografi tokoh-tokoh yang berjaya,mereka semua nescaya terdiri daripada kelompok manusia yang bekerja dengan bersungguh-sungguh.Bagi kita pula bekerja bersungguh-sungguh hendaklah diberi nilai tambah dengan kebergantungan kepada Allah insyallah kejayaan semakin hampir.Wahai Allah,anugerahkanlah kepada kami segunung keikhlasan & ketulusan dalam kami bekerja mencapai matlamat dan impian membina kecemerlangan anak bangsa serta negara yang tercinta.Mudah-mudahan ianya akan memberi makna kepada sebuah kehidupan.Selamat maju jaya SKBR.