Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

SELAMAT DATANG KE PORTAL PIBG SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN SK BANDAR RAUB  *   SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR.SEMOGA CEMERLANG  *   PENCAPAIAN YANG LUAR BIASA ADALAH HASIL DARIPADA KESUNGGUHAN YANG LUAR BIASA   *   SEDERAP KEARAH SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI MENJELANG 2017   *   Kemaskini pada 27 Jan 2016   *   

Sunday 9 March 2014

KECEMERLANGAN SKBR 2013

Mengimbas kejayaan-kejayaan tahun 2013 mampu membuatkan kita mengukir senyuman manis dan berbangga dalam konteks kita membandingkan pencapaian SKBR 5 tahun terdahulu.Telah banyak perubahan.Telah banyak peningkatan.Kita percaya dan yakin bahawa pencapaian-pencapaian ini adalah kerana diiringi oleh perancangan dan usaha yang tidak mengenal penat lelah.Usaha yang amat bersungguh-sungguh dengan izin-Nya.Secara sedar kita harus mengungkapkan rasa syukur kepada Tuhan dan terima kasih kepada pasukan sekolah yang diketuai oleh Guru Besar,Puan Norhasimah Mohamed.
 
Dan kita PIBG tidak segan untuk menyatakan bahawa kita telah pun sedaya upaya memainkan peranan dalam perimeter kemampuan bagi memastikan pihak sekolah boleh melaksanakan sebarang aktiviti dengan lancar.Bahkan kita seupaya membantu pihak sekolah dari sudut kewangan.Oleh yang demikian,PIBG 2014 akan mengeluarkan surat sumbangan bagi pemerkasaan dana PIBG sebagai isyarat sokongan padu kepada pihak sekolah.

0 comments: