Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

SELAMAT DATANG KE PORTAL PIBG SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN SK BANDAR RAUB  *   SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR.SEMOGA CEMERLANG  *   PENCAPAIAN YANG LUAR BIASA ADALAH HASIL DARIPADA KESUNGGUHAN YANG LUAR BIASA   *   SEDERAP KEARAH SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI MENJELANG 2017   *   Kemaskini pada 27 Jan 2016   *   

Tuesday, 18 February 2014

PERUTUSAN HARI ANTI DADAH KPM

Guru Besar menerima skroll perutusan

 Guru Besar membaca perutusan sempena hari anti dadah
Kuiz sempena hari anti dadah
Cikgu Ishak membacakan soalan kuiz
Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pemenang kuiz
Pemenang-pemenang kuiz anti dadah 19 Februari 2014

SUASANA KANTIN 2014

 Keadaan kantin selepas rehat tahap 1
 Kantin yang ceria
Murid sedang beratur membeli makanan

TAMAN HERBA TERKINI




Friday, 14 February 2014

BARISAN PENTADBIR 2014


Barisan pentadbir SK Bandar Raub 2014.Merekalah menjadi perancang utama bagi memastikan kecemerlangan SKBR demi masa depan anak-anak kita.Semua orang maklum bahawa GB,Pn Norhasimah merupakan orang 'lama' di SKBR.Terkenal sebagai seorang yang amat berdedikasi dan menumpukan sepenuh perhatian kepada kecemerlangan sekolah.Dalam pada itu beliau membuka ruang yang seluas-luasnya kepada semua ibu bapa untuk sama-sama berkongsi idea dan tenaga apatah lagi sekarang dengan visi baru iaitu "SKBR MENJADI SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN MENJELANG 2015".

PIBG berdasarkan prestasi dan rekod pencapaian SKBR menyambut baik visi tersebut.Pastilah SKBR amat memerlukan kita dalam erti kata memerlukan sedikit sebanyak bantuan kita,kalangan ibu bapa @ ahli PIBG agar visi ini lebih mudah untuk dicapai.PIBG juga yakin dengan kerjasama padu semua GPK dan semua guru,SKBR akan berjaya.Insyallah.

MERENTAS DESA PERINGKAT DAERAH

12 Februari 2014-SKBR menghantar 12 orang murid untuk menyertai Pertandingan Merentas Desa peringkat daerah yang diadakan di SK Krau.Guru Besar sempat menyuntik kata-kata semangat kepada semua peserta sekolah.Cikgu Azri,Pn Halimaton & Pn Farah Fadzleen bertindak sebagai guru pengiring.Kita doakan kejayaan mereka.

NEW DEAL 2014

13 Februari 2014-Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba.Pasukan Nazir Sekolah seramai 3 orang datang untuk tujuan Pemeriksaan Khas Tawaran Baharu Kepada Guru Besar.Persedian pihak sekolah khususnya para guru pada tahap yang sebaik mungkin.Antara catatan yang sempat kami paparkan ialah:
  • Pasukan NAZIR tiba lebih kurang jam 0730 am.Disambut oleh barisan pentadbir.
  • Taklimat oleh GB dibilik gerakan.Seorang NAZIR bergegas ke padang untuk 'observe' guru PJ.
  • Semakan fail-fail berkaitan lawatan sekitar sekolah.
  • Perjumpaan 'face to face' NAZIR dengan GPK-GPK sekolah.
  • NAZIR 'observe' GB.
  • Jam 0115 pm macam biasa semua guru ada KIK dibilik Pusat Akses.
  • GB dan GPK menyampaikan maklumat-maklumat terkini.Alhamdulillah segala berjalan dengan baik.
  • Selepas makan tengahari sekitar jam 0300 pm,pasukan NAZIR balik.
  • Doakan agar SKBR terus cemerlang.Terima kasih.

Wednesday, 5 February 2014

PENYERAHAN BUKU PERATURAN SEKOLAH 2014





28 Januari 2-14-Satu majlis ringkas telah berlangsung dengan penuh makna disempurnakan oleh Guru Besar,Pn Norhasimah Mohamed iaitu penyerahan rasmi Buku Peraturan Sekolah sesi 2014.Dalam ucapannya,Pn Guru Besar amat berharap agar semua murid membaca dan memahami semua peraturan sekolah seterusnya mematuhi peraturan yang ditetapkan.Beliau juga berpesan agar murid-murid menjauhi perbuatan-perbuatan yang buruk sesuai dengan imej sekolah yang telah dikenali sebagai antara sekolah yang terbaik.Semoga disiplin di SKBR akan terus cemerlang dengan adanya buku peraturan baru ini.

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

 
SKBR mengalu-alukan sesi pembelajaran 2014.Besarlah harapan sekolah & PIBG untuk melihat kedatangan murid ke sekolah dengan penuh semangat dan iltizam yangtinggi untuk menuntut ilmu pengetahuan.Rakaman ucapan terima kasih kepada sekalian ibu bapa yang telah memainkan peranan penting menghantar dan mengambil anak-anak masing -masing.Dalam pada itu pihak sekolah ada memaklumkan bahawa terdapat segelintir murid yang kerap datang lewat,jadi PIBG amat mengalukan kerjasama padu ibu bapa agar mengatasi masalah ini dengan segera demi kebaikan semua pihak.Marilah kita bersama dengan pihak sekolah yang sedang berusaha menuju kecemerlangan dalam semua bidang.Kita bantu dengan kebolehan kita insyallah.

PEMILIHAN PEMAIN BOLA SEPAK


05 Februari 2014-Sedang berlangsung adalah pemilihan pasukan bola sepak SKBR untuk bawah 11 tahun dikelolakan oleh Ust Sahadan & Cikgu Azizi.Murid-murid begitu teruja untuk mempamerkan 'skill' tersendiri dalam usaha mereka memikat perhatian panel pemilihan.Harapan kita agar pemilihan ini akan melahirkan satu pasukan bola sepak yang mantap,yang akan mampu memberikan cabaran yang hebat kepada pasukan lawan.Berjaya hinggalah ke peringkat yang tertinggi.Syabas.

LAWATAN KETUA SEKTOR BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS



05 Februari 2014-SKBR merasa amat bertuah apabila dilawati oleh Ketua Sektor Bahagian Pendidikan Khas.Kedatangan beliau diiringi oleh pegawai daripada Pejabat Pendidikan Daerah Raub.Beliau meluangkan masa kira-kira 2 jam di kelas Pendidikan Khas.Melihat secara dekat proses pembelajaran disamping menyantuni murid-murid kelas Pendidikan Khas.Terima kasih tuan.

SARAPAN BERSAMA NESTLE




05 Februari 2014-Terima kasih kepada Nestle Sdn Bhd sudi bertandang ke sekolah kami dan menaja pula sarapan pagi.Susu segar dan bijirin sarapan.Memang sedap dan menyelerakan.Para guru juga tumpang sekaki menikmati hidangan yang menyelerakan ini.Terima kasih Nestle.

Monday, 3 February 2014

BANTU GURU SAHSIAH TERPUJI

Fungsi sekolah adalah untuk mendidik.Fokus sekolah adalah kemenjadian murid.Baik dari aspek jasmani,emosi,rohani,intelek mahupun sosial.Pemupukan serta penyuburan budaya dan nilai murni bermula disekolah.Dirumah lebih-lebih lagi.2014 SKBR dengan kerjasama PIBG menggerakkan usaha memupuk dan menyuburkan nilai murni seawal tahun.Januari sudah mula.Jadual giliran bertugas mengikut kelas telah pun diedarkan.Murid dipinta agar peka dan prihatin dengan guru sebagai permulaannya.Bantu guru.Tolong guru.Kemudian biasakan amalan baik ini sehingga menjadi budaya.Bila murid berada di luar sekolah maka harapan kami murid-murid ini akan terus menjadi manusia yang peka dan prihatin. Manusia yang suka membantu dan menolong.
 
Adalah menjadi tanggungjawab ketua kelas masing-masing untuk memastikan rakan-rakan mengambil bahagian secara aktif supaya program ini berjalan mengikut perancangan.Jangan lupa juga bahawa Kempen Budaya Membaca berjalan seiring.Bacalah buku sambil menunggu guru.Guru-guru bertugas mingguan pula dipohon agar menjadi mata telinga penyelaras program.Doa kami agar program sebaik ini didokong secara padu oleh semua.
 

MAJLIS PELANTIKAN & PENYERAHAN WATIKAH





 
20 Jan 2014-Majlis Pelantikan & Penyerahan Watikah Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah telah disempurnakan oleh wakil Ketua Polis Daerah Raub iaitu Inspektor Anthony Vivian a/k Latit.Dalam masa yang sama YDP PIBG juga turut sama menjayakan majlis.Majlis dimulakan tepat jam 0800 am.Inspektor Anthony dalam ucapannya menceritakan sedikit sebanyak kisah hidup beliau yang juga pernah aktif sebagai pimpinan pelajar.Beliau juga menarik minat murid agar mematuhi peraturan disamping menjauhi aktiviti yang tidak sihat.Seramai 27 orang pengawas sekolah dan 28 orang pengawas Pusat Sumber Sekolah telah dilantik untuk melaksanakan amanah bagi tahun 2014.PIBG merakamkan ucapan tahniah dan syabas.

Saturday, 1 February 2014

iCompEx'14 - Peringkat Kebangsaan

National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2014" (iCompEx'14) - Peringkat Kebangsaan.Sesiapa yang berminat boleh hadir.Terbuka untuk semua.Semoga kehadiran anda ke sana akan menghasilkan sekian banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman yang akan membantu SKBR ke arah kecemerlangan. 

TARGET UPSR 2014

Melangkah dengan lebih yakin berasaskan kepada rekod pencapaian yang terdahulu membuatkan SKBR meletakkan target yang lebih besar untuk tahun ini.Bukan untuk takabur atau menunjuk-nunjuk tetapi kita berhujah dengan kehendak agama yang menyaran kita untuk menjadi kelompok yang sentiasa ingin mencapai kebaikan demi kebaikan.Tiada had kerana kebaikan itulah menjadi nilai tambah untuk setiap manusia bahkan menjadi erti untuk sebuah kehidupan.
 
Biarlah ikhlas itu menjadi urusan individu dengan Tuhannya.Bukan tugas kita untuk menentukan ikhlas atau tidak.Tugas kita adalah menyokong tiap-tiap usaha baik.Mendokong kebaikan itu amanah agama.Manakala menjadi manusia terbaik itu tuntutan agama.PIBG yakin secara tuntas bahawa seluruh warga SKBR ditunjangi Guru Besar sedang menuju ke arah itu.Kesempatan ini PIBG mengingatkan sekalian ibu bapa agar tidak berpeluk tubuh semata tetapi ayuh kita ahli PIBG turun untuk bersama-sama dengan mereka.

SKBR SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN MENJELANG 2015

Visi SKBR jelas & nyata.Amat berani kita kira kerana satu-satunya sekolah rendah di daerah Raub yang merekodkan secara bertulis visi untuk menjadi sekolah Kluster.Diwar-warkan kepada seluruh warganya termasuk ibu & bapa.Dipaparkan dikebanyakan tempat-tempat strategik di kawasan sekolah dengan harapan setiap yang memandangnya akan berfikir lantas menghadam secara faham. Kemudian mengalir pula dalam diri satu semangat yang tulen untuk mencapai visi tersebut.
 
Kalau kita tengok dalam web KPM kita akan dapati bahawa SKK membawa erti:
 
Sekolah kluster ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.


layari web berikut sekira anda berminat:
http://www.moe.gov.my/my/sekolah-cluster

Doa kita jelas mudahan SKBR akan menjadi SEKOLAH KLUSTER KECEMRLANGAN MENJELANG 2015.Amin.

NKRA SEKOLAH KITA

 
Kita bermain dengan angka.Lebih spesifik dan menjurus.Senang untuk dibaca dan difahami. Kalungan tahniah dan syabas kepada SKBR atas pencapaian yang semakin memberansangkan sekalipun 2013 dilihat ada sedikit penurunan peratus kelulusan UPSR namun masih dalam lingkungan yang terbaik.Kami pasti kalian semua telah pun berusaha sebaik mungkin lalu keputusan yang ada mesti diredhai.2014 masih ada ruang untuk mengejar pencapaian yang lebih baik.
 
Baru-baru ini keputusan ranking sekolah peringkat nasional telah keluar dan SKBR menunjukkan 'BELANG'nya apabila menduduki ranking 100 TERBAIK.Tempat ke 68 daripada 7695 buah sekolah.Komposit skor 89.30.Band 1.PIBG amat bangga dan bersyukur.Oleh yang demikian PIBG menyeru semua ibu bapa untuk mempertingkatkan kerjasama dan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada sekolah.Mari kita tolong & bantu mereka kerana natijahnya akan kembali kepada anak-anak kita.Terima kasih SKBR.

SKBR SEKOLAH PENYAYANG

 Guru Besar & GPK HEM menyambut kedatangan murid
 Penolong ketua guru disiplin,setiausaha HEM & Kaunselor
turut serta menanti kedatangan murid.(dari kanan)
 
Mulai 2014 SKBR memulakan program Sekolah Penyayang mulai Januari hingga November. Ini adalah bertepatan dengan dasar KPM yang sentiasa berusaha menjadikan sekolah sebagai satu premis yang disukai oleh murid termasuk juga ibu bapa & komuniti.PIBG melihat program ini mendapat kerjasama yang baik daripada kalangan guru.Secara tidak langsung program ini diharap akan meningkatkan peratusan kehadiran murid khususnya di mana pihak SKBR ingin mencapai KPI kehadiran murid ke sekolah sehingga 95%.Justeru PIBG amat menyokong penuh program ini.