Melangkah dengan lebih yakin berasaskan kepada rekod pencapaian yang terdahulu membuatkan SKBR meletakkan target yang lebih besar untuk tahun ini.Bukan untuk takabur atau menunjuk-nunjuk tetapi kita berhujah dengan kehendak agama yang menyaran kita untuk menjadi kelompok yang sentiasa ingin mencapai kebaikan demi kebaikan.Tiada had kerana kebaikan itulah menjadi nilai tambah untuk setiap manusia bahkan menjadi erti untuk sebuah kehidupan.
Biarlah ikhlas itu menjadi urusan individu dengan Tuhannya.Bukan tugas kita untuk menentukan ikhlas atau tidak.Tugas kita adalah menyokong tiap-tiap usaha baik.Mendokong kebaikan itu amanah agama.Manakala menjadi manusia terbaik itu tuntutan agama.PIBG yakin secara tuntas bahawa seluruh warga SKBR ditunjangi Guru Besar sedang menuju ke arah itu.Kesempatan ini PIBG mengingatkan sekalian ibu bapa agar tidak berpeluk tubuh semata tetapi ayuh kita ahli PIBG turun untuk bersama-sama dengan mereka.
0 comments:
Post a Comment